Tips

Tiada Powerbank Tiada Masalah, Gunakan 7 Cara Ini Untuk Jimatkan Penggunaan Bateri Telefon

Bagi mereka yang selalu sahaja ‘online’, sudah pasti mengalami masalah yang ramai di antara kita turut sama mengalaminya, iaitu, bateri telefon mula nak habis.

Bila dah berada dalam situasi ini, mulalah tidak senang, mana tidaknya, nak ‘update’ status, dekat FB, Instagram atau Twitter pun dah nyawa-nyawa ikan sahaja, lagi-lagi dengan tak ada ‘powerbank’.

Tapi yang sebenarnya, terdapat beberapa cara yang boleh kita lakukan, untuk memastikan bateri telefon bertahan lama. Menerusi perkongsian dari saudara, Rafiq Sharman Khamis, yang juga merupakan seorang Pembina aplikasi telefon pintar, telah kongsikan mengenai masalah ini.

Jom kita ikuti perkongsian darinya.

7 TIPS UNTUK JIMATKAN BATERI SMARTPHONE KETIKA BATERI PHONE SEDIKIT DAN LUPA BAWA POWER BANK

Pernah tak kita nak keluar atau pergi shopping sekali bateri phone tinggal bawah 50%? Tengok dalam bag, power bank pula tak bawak! Memang akan gundah gulana smartphone tanpa bateri.

Sekarang mood nak raya, memang kerap kita akan keluar shopping diluar. Memang akan ambil masa berjam-jam diluar. Jangan rosakkan mood raya anda. Ini tips yang saya selalu gunakan jika di situasi begini.

  1. Tukar kecerahan screen kepada yang paling rendah. Kecerahan screen antara penyumbang utama penggunaan bateri phone.
  2. Setkan nada dering ke “silent mode” tanpa vibrate. Pastikan situasi kita bukan menjangkakan panggilan yang penting.
  3. Tutup data internet. Buka jika perlu SAHAJA untuk semak apa-apa perkembangan di FB, Whatsapp dan Media Sosial yang lain.
  4. Jika lagi extreme, setkan phone ke “Flight Mode”. Ini akan menutup data internet dan line telefon sekali, lagi jimat bateri. Dan pastikan situasi kita bukan menjangkakan sebarang panggilan telefon.
  5. Jangan main game di phone. Sesetengah permainan game akan menggunakan pemprosesan CPU dan grafik phone yang tinggi. Sabar kejap, balik nanti baru main game ya.
  6. Jangan off dan on semula phone dengan kadar yang kerap jika nak jimatkan bateri. Jika tempoh jangka masa yang lama tak mengapa.Off dan On phone semula ni ibarat bila kita tidur dan bangun terus lalu terus berlari. Memang memenatkan, sama juga pada phone, ia akan guna bateri yang banyak untuk ‘bangun’ semula.
  7. Jika anda masih perlukan data internet tetapi di kawasan anda hanya ada Internet 3G atau lagi rendah, dicadangkan boleh tutup sementara internet anda.

Data Internet 4G adalah paling jimat bateri. Teknologi paling baru akan pastikan penggunaan bateri lebih optimum. Moga kita boleh shopping dengan hati yang lebih tenang, walaupun bateri phone kita sudah hampir kekeringan.

Selain daripada masalah kerosakan bateri, sebenarnya penggunaan aplikasi yang tidak sesuai boleh menjadi punca bateri handphone korang cepat habis. Untuk pengguna Android, terdapat lebih kurang 10 aplikasi yang dikenal pasti dapat menghauskan bateri telefon dengan cepat.

Cuba check handphone korang sekarang, ada tak guna aplikasi-aplikasi berikut:

1. Netflix-Budak-budak sekarang mana tengok TV kan, so ini antara aplikasi untuk menonton movie yang digemari oleh anak-anak muda.

2. Snapchat- Sat muka kucing, sat muka anjing. Suka kan? Ha, kalau korang nak tahu, makin banyak filter yang digunakan, makin kuat la dia ‘makan’ bateri handphone.

3. Photo Grid-Lebih kurang sama macam aplikasi Snapchat, Photo Grid ni pun menjadi salah satu sebab kenapa bateri handphone korang cepat ‘kong’.

4. LINE: Free Calls & Messages-Uish, tak sangka kan aplikasi yang selalu digunakan ni rupa-rupanya jadi penyebab bateri cepat habis. Walaupun aplikasi ini percuma tapi jaga-jaga eh. Jangan lupa bawa sekali power bank korang.

5. ES File Explorer File Manager-Aplikasi ni ada banyak sangat iklan selingan yang sedikit sebanyak boleh kacau hayat bateri telefon.

6. Beaming Service for Samsung-Aplikasi pre-installed pada Samsung Galaxy ini berfungsi untuk menyimpan barcode atau QR Code. Selain cepat makan bateri, aplikasi ini juga mendapat rating yang sangat buruk di Google Play Store.

7. Clean Master-Walaupun aplikasi ini banyak kegunaannya, tapi ia merupakan pemakan bateri secara senyap.

8. Super Bright LED Torch-Gunakan je la torch light yang ada pada handphone korang tu kalau tak nak bazir bateri dengan penggunaan aplikasi torch yang lain.

9. Samsung Watch On-Aplikasi ini berfungsi sebagai alat kawalan jauh televisyen. Hmm, pakai remote TV je tak boleh ke wey? Hiks!

10. Amazon Shopping-Syok sangat shopping sampai tak sedar bateri handphone dah nak mati. Pernah?

Kesimpulannya, apa saja aplikasi yang korang guna, gunakanlah dengan baik. Kalau dah tahu ia jadi punca bateri cepat kong, jangan lupa bawa powerbank sekali okay?

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

69 + = 76

error: Content is protected !!