Tip Agama

Usah Keliru, Ini Tanda-tanda Berakhirnya H4id Wanita. Dah Boleh Solat & Puasa

“Eh, semalam ‘check’ macam dah tak ada kesan d4rah. Ni dah tengahari ada pula kesan kekuningan. Keputih4nkah atau masih p3riod ni? Kelirulah. Apa tanda habis h4id ya?”

Ramai wanita memang keliru apabila timbul isu begini. Mana tidaknya, kita ada macam-macam lagi cairan yang boleh keluar pada v4g1na atau f4r4j selain d4rah h4id. Antara yang paling kerap adalah masalah keputih4n dan d4rah istihadhah (d4rah penyakit).

Jadi, bagaimana mengenalpasti sama ada d4rah ini merupakan d4rah h4id atau bukan?

Apakah D4rah H4id?

Sebelum itu, kita perlu kenali serba sedikit tentang d4rah h4id. D4rah h4id keluar akibat keruntuhan dinding r4him setiap bulan apabila tiada telur yang disenyawakan. Menurut ahli ulama, warna-warna d4rah h4id ada lima, iaitu

  1. Hitam
  2. Merah
  3. Asyqar (warna antara merah dan kuning)
  4. Kuning
  5. Keruh

Kebiasaannya, mula-mula datang h4id berwarna hitam atau merah gelap, kemudian berubah kepada merah, kemudian antara merah dan kuning, kemudian kuning dan akhirnya keruh iaitu rona kecoklatan. Semasa tempoh keruh atau kekuningan inilah ramai wanita yang keliru kerana kadangkala ia disangkakan keputih4n atau dar4h istihadhah.

2 Tanda Habis H4id Wanita, Dah Boleh Mandi Wajib

Umumnya, terdapat 2 tanda habis h4id yang perlu diambil kira.

1. Kering & Bersih

Tanda habis h4id yang paling utama adalah f4r4j anda sudah benar-benar kering dan bersih. Ini bermaksud, tiada sebarang kesan kekuningan, kecoklatan, atau kemerahan apabila anda mengesat bahagian f4r4j dengan kain atau tisu putih.

Jika warna putih kapas tidak berubah, dia wajib mandi hadas dan mengerjakan solat. Namun jika di kapas ada bekas merah, kuning, keruh, atau coklat, maka tunggulah sehingga ia benar-benar bersih.

Ini berdasarkan hadis dari Saidatina Aisyah r.a. yang menceritakan bahawa wanita-wanita sahabat menghantarnya satu bekas kecil berisi kapas yang terdapat padanya kesan kuning dan keruh dari h4id.

Lalu ‘Aisyah menjawab;

لا تَعْجَلَنَّ حتى ترين القَصَّة البيضاء

“Janganlah kamu tergesa-gesa (mandi wajib) sehinggalah kamu melihat seperti kapur putih” (HR Imam al-Bukhari).

2. Keluarnya Cecair Putih

Satu lagi tanda habis h4id adalah keluarnya cecair berwarna putih daripada f4r4j. Setelah keluarnya cecair berwarna putih ini, jika masih terdapat kesan merah, kuning, atau coklat pada f4r4jnya, ia tidak lagi dikira sebagai h4id. Namun, sesetengah wanita mungkin tidak mengalami hal ini ataupun tidak perasan berlakunya tanda ini.

Tempoh Kebiasaan H4id

Jika masih ragu-ragu, rujuklah pada tempoh kebiasaan h4id anda setiap bulan. Menurut sumber menerusi halaqah.net, warna kuning dan keruh yang dilihat dalam tempoh kebiasaan h4id atau tempoh kemungkinan h4id (iaitu 15 hari menurut mazhab Syafi’ie) adalah dikira h4id.

Ini bermakna, jika masih ada kesan kecoklatan atau kekuningan dalam tempoh 15 hari, ia dikira sebagai h4id.

Bagaimana Jika Tidak Tetap H4id?

Ya, sesetengah wanita mempunyai masalah yang lebih rumit untuk mementukan tanda habis h4id jika tidak tetap tempoh h4idnya setiap bulan. Oleh itu, mereka bolehlah mengambil inisiatif untuk membezakan d4rah h4id dengan d4rah istihadhah seperti di bawah ini.

4 Cara Membezakan D4rah H4id Dengan D4rah Istihadhah

Terdapat 4 ciri yang membezakan d4rah h4id dengan istihadhah yang perlu diketahui oleh wanita.

Dalam gambar ini, ‘spotting’ menunjukkan d4rah istihadhah, manakala ‘period’ merujuk kepada h4id. Ada beza, kan? Foto Kredit: peeonastickfreak.com

1. Warna

D4rah h4id berwarna merah gelap, sedangkan d4rah istihadhah berwarna merah segar (merah d4rah).

2. Kekentalan

D4rah h4id lebih kental manakala d4rah istihadhah lebih cair.

3. Bau

D4rah h4id berbau hanyir, sedangkan d4rah istihadhah biasanya tidak berbau

4. Keadaan Darah

D4rah h4id masih kekal lembab setelah ianya keluar manakala d4rah istihadhah akan mengering kerana ia adalah d4rah dari pembuluh.

Nota: Jika seorang wanita mengalami h4id, dia tidak boleh solat dan puasa. Tetapi, jika dia mengalami istihadhah, dia tetap wajib solat dan puasa. Hanya perlu berwuduk dan menyucikan d4rah istihadhah tersebut apabila hendak solat.

Kesimpulan

Secara ringkasnya, warna kuning dan keruh hanya dianggap h4id jika dilihat ketika dalam tempoh kebiasaan h4id. Tetapi, jika terdapat kesan d4rah atau ‘spotting’ dilihat semasa tempoh suci, ia bukanlah h4id dan tidak harus meninggalkan solat atau puasa kerananya.

Tetapi, jika wanita tidak mempunyai tempoh h4id tetap, maka perlulah mengenalpasti sama ada d4rah tersebut adalah d4rah h4id atau nifas, berdasarkan 4 ciri yang dijelaskan di atas.

JVC

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

63 − = 57