Resepi

Cara Mudah Buat Stok Pes Ikan Bakar, Senang Hanya Perlu Pilih Ikan Kegemaran & Bakar

Pes ikan bakar homemade boleh guna untuk ikan kegemaran anda seperti siakap, pari dan lain-lain. Cicah pula dengan air asam memang bertambah makan dibuatnya.

PES IKAN BAKAR:

BAHAN-BAHAN:

  • 2 inci lengkuas
  • 3 inci halia
  • 5 batang serai
  • 8 biji bawang merah
  • 1 biji bawang holland 
  • 1 sudu udang kering @ jika tidak boleh guna belacan
  • 8 biji cili padi(terpulang tahap kepedasan)
  • 3 biji cili merah
  • 3 helai limau purut
  • Cili boh
  • Asam keping
  • Garam
  • Gula
  • Serbuk perasa

CARA MEMASAK:

  1. Kisar semua bahan sampai lumat.
  2. Tumis dengan minyak yang agak banyak. Selepas itu masukkan cili boh 4-5 sudu.
  3. Masukkan garam, gula, serbuk perasa dan asam keping.
  4. Tumis sampai pecah minyak.Siap!

CARA BAKAR IKAN:

  1. Sebelum bakar ikan lumur sahaja atas ikan.
  2. Letak ikan dalam aluminium foil. Balut bagi kemas dan bakar atas dapur atau oven.

INFO:

  1. Sesuai juga untuk udang dan sotong.
  2. Pes tahan sehingga 1- 2 minggu di luar peti ais.

KREDIT RESIPI GAMBAR:Habeebah Md Daud

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

error: Content is protected !!