Soal jawab

Soal Jawab: Hukum Chatting Dengan Bakal Suami atau Isteri

Soalan: Saya ada satu persoalan untuk ditanyakan. Saya musykil tentang hukum chatting antara lelaki dan perempuan. Tetapi chatting tersebut adalah untuk ke arah perkahwinan. Apakah hukumnya? Jikalau tidak boleh, apakah yang perlu dilakukan supaya perbincangan dapat dilakukan kerana jarak yang jauh menyebabkan perbincangan tidak dapat dilakukan bersama dengan kehadiran muhrim. Apakah yang boleh dibincangkan dan yang tidak boleh dibincangkan?

Jawapan:

‘Chatting’ dalam perhubungan lelaki perempuan tidaklah diharamkan sepenuhnya. Bahkan halnya sama seperti bercakap dengan seseorang. 


Hukumnya boleh jika untuk tujuan yang baik dan ada keperluannya. Seperti dalam kes cik ini, Islam mengharuskan berbincang (chatting) untuk melaksanakan pernikahan. Namun mesti dipastikan perbincangan itu berisi percakapan yang baik, tidak ada unsur-unsur berbau maksiat antara wanita dan lelaki contohnya tentang hubungan seks atau ayat-ayat yang merangsang nafsu. 

Panggilan-panggilan yang manja atau dengan melunak-lunakkan suara (jika melalui telepon atau skype) pun dilarang oleh Islam walaupun dia bakal suami anda kerana nikah belum berlaku lagi.

Tanyalah pada hati kecil anda dalam menyusun perbualan tersebut, kerana hati orang yang beriman itu hanya akan tenang pada yang halal dan akan gelisah pada yang haram.

Saya mendoakan semoga pernikahan yang dibina atas dasar taqwa (takut kepada Allah) ini benar-benar akan menatijahkan rasa aman, kasih sayang yang berpanjangan dan mendapat rahmat padanya..Aamiin.[Sumber:Ikram]

Wallahu a’lam.
Ust. Shahidah Sheikh Ahmad
Timb. KW IKRAM Johor

 
 

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

error: Content is protected !!