Umum

Boleh Dikatakan Setiap Malam Saya Mimpi Perut Diusap & Diurut

‘Boleh Dikatakan Setiap Malam Saya Mimpi Perut Diusap & Diurut’. Sebelum ini, mesti ada yang pernah membaca kisah ibu hamil yang diganggu ‘mimpi buruk’ ketika tidur. Ada juga yang berkongsi pengalaman anak meracau di waktu malam dipercayai akibat gangguan makhluk halus. Seperti pengalaman ngeri wanita ini, ketika sedang sarat hamil dia kerap bermimpi diusap dan diurut. Rakan-rakan yang singgah bermalam di rumahnya juga sering demam panas.

15 Bulan Berdamping Dengan Jin Ummu Sibyan

Harini saya terbaca post yang viral berkenaan jin ummu sibyan. Ingin saya kongsikan kisah benar yang terjadi pada diri sendiri agar kita boleh jadikan iktibar. Sejak awal kandungan saya sering berlaku kejadian pelik2 tapi ia lebih ketara sejak saya mula berpindah ke kuartes sewaktu usia kandungan 7 bulan.

Menginap Seorang Diri

Saya menginap seorang diri kerana suami bekerja di kuala lumpur. Kuartes saya paling atas. Tingkat ke-4 tanpa lift. Tingkat 1 dan 2 sahaja ada penguni. Tingkat 3 kosong dan saya dapat tingkat 4. Saya memelihara 2 ekor anak kucing untuk teman saya kerana dirumah itu terasa sunyi gemersik. Setiap malam angin bersiul seperti seruling dan kucing2 akan mengiau tanpa henti. Saya rasa seram sejuk tapi apakan daya hanya sendirian.

Setiap Malam Mimpi Perut Diusap

Boleh dikatakan setiap malam saya mimpi perut diusap dan diurut. Terkadang saya mimpi perkara sama 4x berturut2 pada satu malam. Sering juga saya mimpi seekor langsuir (berbaju putih berambut panjang) bertenggek dijendela tempat tidur. Dia xbuat apa2 hanya memandang saya tidur. Saya juga mimpi ramai bayi datang merangkak ke arah saya minta disusukan tetapi bayi2 ini punya gigi tajam2 seperti ikan. Mimpi ini berulang sehingga kandungan saya masuk 8 bulan.

Kawan-Kawan Diganggu

Pernah kawan saya Rohayu Yusof tumpang bermalam, keesokan harinya dia bergegas pulang dan saya jumpa dia 2hari selepas itu. Katanya pulang dari rumah saya kaki dia sakit dan lebam. Bila berubat, ustaz kata diganggu polong. Saya fikir itu mainan iblis. Kemudian kawan saya yang lain pula @cikyuyu datang bermalam temankan saya. Keesokannya dia demam. Saya kerumahnya, ibu dia bgtau pulang dari rumah saya, dia demam panas dan bercakap merapu seperti tidak sedar. Setelah berubat ustaz mengatakan diganggu polong.

Dua sahabat Terjadi Benda Yang Sama

Allahu. Saya terdiam kerana 2 sahabat berlaku perkara yang sama pada hari berlainan. Saya sungguh tak sedap hati. Saya bgtau suami suruh datang kesini. Saya minta dia carikan rumah sewa. Alasan saya kerana sudah tidak larat nak naik tangga. Saya dah sarat. Akhirnya saya dapat rumah sewa baru di kawasan perumahan. Ada jiran keliling jadi saya tidak rasa sunyi.

Suami Kejutkan

Waktu dirumah baru, saya tertidur didepan tv. Kemudian suami datang kejutkan saya untuk masuk tidur kedalam bilik, saya lihat muka suami senyum sambil usap kepala saya. Bila saya bangun, saya lihat suami juga tidur depan tv sebelah saya. Cepat2 saya kejutkan suami. Saya tanya dia, ada kejutkan saya ke td? Katanya tidak. Dia pun tertidur. Saya dah mula rasa lain. Tapi saya pelik. Kan saya dah pindah rumah. Takkan masih ada gangguan.

Sehinggalah saya dah sampai bulan untuk melahirkan. Ariari saya sakit, berjalan pun sudah terkangkang. Ada lendir2 keluar. Bila ke klinik katanya jalan belum terbuka. Baru 1cm. Saya pulang. Mak bawa saya ke rumah bidan. Bidan urut. Kata bidan, saya seperti nak beranak sangat dah ni tapi kenapa jalan xnak terbuka. Bidan suruh saya cari orang yg boleh buatkan air tawar.

Kemudian suami bawa saya berjumpa nenek nya kerana nenek dia boleh berubat orang juga. Selepas minum air tawar saya menangis. Terasa sedih dan lemah semangat. Nenek bgtau, saya sedih kerana akan berpisah dengan JIN UMMU SIBYAN. Jin ini dah lama berdamping dengan saya. Tugas ummu sibyan adalah menghalang wanita dari mengandung, jika sudah mengandung tugasnya untuk menggugurkan kandungan. Jika kandungan selamat sehingga ke bulan terakhir, tugasnya adalah melemaskan anak itu. Jika anak berjaya dilahirkan, tugasnya untuk mematikan anak itu dengan sawan. Allahuakhbar tersentap saya.

Anak menangis macam kena sawan

Jadi sekarang ini ummu sibyan menghalang saya dari melahirkan. Dia ttup jalan. Insyalah setelah minum air tawar ini , semuanya dipermudahkan. Saya pulang kerumah jam 11mlm. Pukul 3 pagi air ketuban pecah dan alhamdulillah 9pg keluarlah cahaya mata sulong kami. Bersyukur sangat kerana jin ummu sibyan tewas dalam menghancurkan kandungan saya.

Saya fikir semuanya sudah selesai. Tapi tidak. Setelah anak saya berumur 3 bulan. Saya mengandung kali kedua. Suami saya kembali bekerja di kuala lumpur. Jadi saya tinggal bersama anak yang berusia 3 bulan dan kandungan berusia 1bulan. Anak saya tidak boleh tinggal sendirian. Dia akan menangis melalak seperti ketakutan. Kalau nak berak pun saya terpaksa bawa dia sekali ke tandas. Kalau tak, dia menangis sehingga matanya naik keatas dan badannya melengkung.

Keadaan ini berterusan sehingga umurnya 6 bulan. Ia menjadi parah apabila dia menangis setiap kali senja pukul 6.30 ptg sehingga 8mlm. Dan tangisan itu akan bermula semula waktu dinihari pukul 4-5pg. Sehingga pada suatu hari dia demam panas dan menangis mata naik keatas dan badan melengkung seperti sawan. Sewaktu itu usia kandungan kedua saya 4bulan. Saya bawa anak saya balik ke kampung drive kereta seorang diri pukul 10 mlam. Saya sampai di kampung jam 1pagi.

Saya tak boleh lagi duduk dirumah sewa itu. Saya diselubungi rasa takut. Kemudian saya naik bas dan ke KL untuk berjumpa suami. Sesungguhnya allah tahu bebanan saya. Semasa di rumah sewa suami di KL, Diwaktu maghrib anak saya sekali lagi menangis tanpa henti lebih kurang 2jam diiringi keadaannya seperti nak sawan. Kemudian kawan suami saya bawa kami ke rumah ustaz di damansara damai.

Ustaz tu beritahu, ini angkara JIN UMMU SIBYAN. Allahu sekali lagi saya terkejut mendengar nama jin ini buat kali kedua. Kemudian saya cerita semuanya kepada ustaz tu sejak saya mengandung anak pertama. Ustaz itu bgtau, ummu sibyan ini dah lama benar berdamping dengan saya. Lari lah kemana pun tidak akan senang kerana bukan rumah itu punca nya tetapi jin ini berada bersama saya. JIN UMMU SIBYAN ini benar benar inginkan anak pertama saya sejak dia tahu benih itu tersemai. Dan sehingga anak saya berusia 6 bulan ummu sibyan masih berdamping.

Saya menangis ketakutan. Sejak kejadian itu, suami saya Vanillas Vanillas berhenti kerja dan pulang kekampung tinggal bersama saya. Sungguh perit memikul bebanan ini seorang diri. Sehingga sekarang anak saya sudah 3 orang alhamdulillah tiada lagi gangguan JIN UMMU SIBYAN. Tetapi saya selalu beringat kerana jin dan iblis itu sentiasa mencari ruang. Wallahualam.

Sumber : Mcyah Joanjett

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

8 + 1 =

error: Content is protected !!