Soal jawab

Sesuai Tak Kahwin Muda Masa Tengah Belajar?Jawapan Pensyarah Ini Buat Pelajar Terkedu

Buat anak dara yg dihormati. Just sharing. “Oh , sebenarnya saya mahu share sesuatu daripada lecturer yang saya hormati . Dalam kelas tadi , ada seorang sahabat bertanya , “Doktor rasa sesuai tak kahwin muda masa tengah belajar??” .

Jawapan doktor sangat menarik bagi saya .. Katanya , “Kalau saya ada anak perempuan yang minta kahwin masa belajar , akhlaknya bagus , pengurusan dirinya tersusun , hubungan dengan Allah terjaga , maka saya akan kahwinkan dia terus .. Lebih² lagi kalau satu kelas atau satu universiti .. Tapi , kalau anak perempuan saya yang minta nak kahwin tu , hidupnya dengan TV memanjang , akhlaknya entah ke mana , solatnya di hujung waktu , sudah tentu saya tak bagi”

“Why?”, Soal saya dalam hati. Kemudian hati saya menjawab kembali , “Yela , maybe tak bersedia lagi la tu”. Tapi ternyata jawapan doktor cukup berbeza.

Katanya , “Kalau anak perempuan saya tu akhlak tak jaga , bangun tidur pun lewat dan saya pulak bagi dia kahwin , then what do you expect from her husband? A very good husband ke? Sedangkan janji Allah adalah lelaki yang BAIK adalah untuk perempuan yang BAIK.

Anak perempuan saya belum cukup baik , jadi saya bimbang dia bawa balik calon yang juga tidak baik.” Jawapan yang ringkas , tapi amat bermakna buat yang ingin bermuhasabah diri. Saya suka pendekatan Dr Ridhwan.

Antara tips lain yang saya berjaya kaut adalah pesanan doktor pada kami which is , “Lepas ni bila you all kahwin , ada isteri atau suami , then suami atau isteri you all buat masalah atau sakit , benda pertama yang you all kena buat adalah SOLAT TAUBAT

Sebab ape??

Sebab dosa kita , boleh jadi asbab isteri atau suami atau anak kita jadi nakal , tak dengar cakap orang dan sebagainya” .. REFLECTING .. That is the concept .. So , sebelum kita nak tuduh orang lain salah , better kita tengok diri kita sendiri dulu bagaimana .. Fuhhhhh !! Memang TERBAIK tips doktor !!!

Share dan sebarkanlah agar ibu bapa dan rakan² anda membacanya !!! Tak salah kalau kita bermuhasabah untuk jadi much better kan 😉 Wallahua’lam ..

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

+ 7 = 17

error: Content is protected !!