Petua, Tips, Tips Kesihatan

Sengugut? Mungkin Rahim Anda Dicakar Iblis, Apa Yang Anda Boleh Buat Bila Mengalaminya

Perempuan. Tempat yang paling iblis suka juga ialah rahim. Kerana Rasulullah S.A.W bersabda dalam hadis yang berbunyi,”Sesungguhnya pendarahan yang berlaku itu adalah kesan daripada cakaran iblis”. Dalam rahim seseorang. Kenapa iblis cakar rahim seseorang?
Pada umur 18 tahun, iblis dah ganggu rahim dia sebab iblis tidak mahu tengok umat Nabi Muhamad ramai atas muka bumi ini. Bagaimana cara untuk mengatasi dan merawat masalah ini? Kepada wanita yang mengalami masalh kitaran haid tidak teratur, guna kaedah ini, insyaallah:-
1. Ambil madu asli, letak depan sejadah buat solat hajat.
2. Baca dalam madu tersebut Al-Fatihah,Ayat Qursi,Selawat dan Surah An-Nahl ayat 69.
3. Baca Ayat 69 sebanyak 21 kali.
4. Tiupkan dalam madu.
5. Ambil satu sudu madu letak dalam air suam dan minum satu kali sehari.
Kalau guna air Zam-zam lebih baik

Ustaz Sharhan Shafie- Iblis Mencakar Rahim Wanita

Ustaz Sharhan Shafie- Iblis Mencakar Rahim Wanita

Posted by Kelab Soal Jawab Keluarga Bahagia on Jumaat, 7 September 2018

Sekiranya senggugut menyerang, ia ibarat satu hari yang perit buat wanita. Rasa sakit yang dialami sebenarnya boleh dikawal jika anda tahu cara untuk mengalih minda dari terus memikir akan rasa sakit itu.

Lumrahnya kita tahu yang otak memainkan peranan dalam menghantar mesej pada anggota tubuh untuk meransang tindakan seterusnya. Kadang-kadang semakin kita fikir semakin perit ia melanda.

Pokoknya, segala pemikiran negatif harus dielakkan kala senggugut menyerang. Selain dari mengambil pil tahan sakit yang mungkin memberikan kesan jangka masa panjang, adalah lebih baik jika anda melakukan perkara ini untuk melaluinya dengan tenang.

Kami kongsikan perkara yang anda boleh buat kala mengalami senggugut. Mungkin dengan cara yang dicadangkan ini akan menyurutkan sedikit rasa sakit.

Tidur
Tidur seakan satu jalan pintas untuk membuatkan anda lupa akan kesakitan senggugut. Anda akan lebih segar dan bertenaga kembali setelah bangun dari tidur. Sekali gus ini membuatkan senggugut itu reda dengan segera.

Mendengar Lagu
Jika anda mengalami masalah susah tidur, cuba tenangkan diri dengan mendengar lagu. Ia mampu membuatkan diri dan minda tenang seketika dari emosi dan perasaan marah dek kerana kesakitan yang dialami.

Makan, Makan dan Makan
Hakikatnya, kala senggugut dan menstruasi berlaku wanita akan lebih cenderung untuk makan. Ia disebabkan tubuh kita menggunakan lebih kalori kala senggugut dan adanya ketika menstruasi. Peningkatan penggunaan kalori ini membuatkan tubuh membakar lebih banyak kalori dan sekaligus ini membuatkan anda lebih cepat lapar. Jadi, cara terbaik adalah makan apa sahaja yang anda inginkan kerana ia sedikit sebanyak membuatkan rasa sakit senggugut berkurangan.

Mandi Air Panas
Sebaiknya, mandi air panas atau suam. Haba panas membuatkan pengaliran darah ke arah bahagian pelvis berjalan lancar dan ia membantu dalam menenangkan otot yang kejang akibat senggugut yang melanda.

Minum Teh Halia atau Kayu Manis
Mengambil minuman panas sedikit sebanyak boleh mengurangkan kekejangan, tetapi rahsianya adalah dengan mengambil minuman yang berasaskan herba. Semestinya ramai yang tahu bahawa halia mempunyai kehebatan dalam menghilangkan rasa sakit dan kayu manis pula berfungsi sebagai anti-radang yang membantu dalam mengurangkan kekejangan bahagian uterine.

Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. TQ

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

error: Content is protected !!