“Selagi Tak Cakap Nak Kahwin Esok, Boleh Je Dekati Saya” – Dayang Nurfaizah

Penyanyi Dayang Nurfaizah masih membuka peluang kepada mana-mana lelaki yang ingin mendekatinya.

Jelas Dayang, selagi dia tidak memberikan kata dua atau mengumumkan bakal mendirikan rumah tangga, selagi itu juga dia masih terbuka untuk mengenali sesiapa sahaja.

“Jangan takut dekat dengan saya, saya tak makan orang. Selagi tak cakap nak kahwin, masih lagi boleh kenal dengan saya,” katanya ketika ditemui pada siri jelajah Karisma Jelajah Suria 2019 di Central i-City Mall, Shah Alam baru-baru ini.

Tambah Dayang, biarpun peminat sering ‘menjodohkannya’ dengan penyanyi dan komposer Hael Husaini, pelantun lagu Seandainya Masih Ada Cinta itu menganggap mereka pelengkap di pentas dan persada nyanyian.

“Sebenarnya memang kawan dan kami memang rapat. Buat masa sekarang saya boleh katakan saya selesa dengan dia tetapi pada masa akan datang kita tak tahu lagi.

“Dia antara rakan duet yang saya suka dan selesa bila bekerjasama, boleh dikatakan kami saling melengkapi apabila di pentas dan serasi daripada segi suara.

“Orang selalu menganggap kami ada apa-apa hubungan padahal saya tak pernah cakap ya atau tidak,” tambahnya.

Dayang dan Hael mula menjadi buah mulut ramai apabila sering memuat naik foto bersama-sama di media sosial selepas kerjasama menerusi lagu Haram.

View this post on Instagram

#thesultanofselangorcup #stadiumshahalam

A post shared by Dayang Nurfaizah (@dayangsayangkamu) on

Apa Kata Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih!!

Sumber: Gempak

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

67 − = 66