Saya OKU berkaki Satu, Ini cerita Rumahtangga Kami.

Salam semua..

Harini saya nak cerita pasal pengorbanan seorang suami.. suami saya laa haha..

Saya umur 28 tahun ,bekas pelajar engineering.. sekarang bertaraf seorang OKU.. kisahnya 4 tahun lepas saya pernah terlibat dengan kemalangan sewaktu jadi intern di satu kilang ni.. waktu tu bujang lg… accident quite bad , kaki kanan saya hancur terus, crush injury sampai tahap kena potong kaki kanan.. awal2 potong bawah lutut dulu.. lepas 3 hari pakar bedah tak puas hati, masuk pula operation untuk potong sampai separuh peha…

Sedar sedar dari ubat bius , menangis saya waktu itu sebab saya fikir masa depan dah gelap.. siapa nak cari masalah kahwin dengan orang kaki sebelah .. tapi suami saya terus buat majlis akad nikah shari lepas sya discas dari wad.. dia ckp

“aku nak kahwin dgn hang bukan sebab hang ada 2 kaki , aku nak kahwin dengan hang sebab aku nak kahwin dengan hang la.”

Banyak la suami berkorban lepas kahwin ni.. bayangkan nak apply socso untuk kaki palsu bukan sekejap.. nak beli sendiri mahal .. sepanjang itu la dia jadi kaki kanan saya..
Hidup saya banyak duduk dalam rumah je sebab segan orang tengok saya jalan pakai tongkat..

Suami saya kerja kilang je .. dia hadap caci maki bos dia setiap kali ambil cuti untuk bawa saya pergi follow up doctor saya.. bila dah siap kaki palsu.. tiba-tiba bila ukur pendek sebelah pula .. jadi kena buat lain.. bayangkan je la berapa banyak cuti dia kena ambil.. dengan karenah birokrasi hospital lagi kena hadap ..

Benda-benda mudah pun jadi susah bagi orang kaki satu ni.. pergi rumah adik beradik orang kena sedia kerusi kat kita .. bila saya tak tolong di dapur orang mengata.. lepas dah tahu saya ni oku orang kutuk bab oku pula.. nak pergi kedai pun susah .. nak bli seulas bawang pun jadi satu cabaran besar bagi saya.. itu tak kira lagi sakit phantom limb yang saya kena hadap.. bayangkan stiap hari saya akan sakit di kaki kanan yg dah kena potong tu.. kadang- kadang rasa gatal di tumit kaki yang dah kena potong tu.. nak garu macamana tu rasa rasanya? Hehe

Semua masalah ini saya boleh hadap sebab ada suami yang baik macam dia.. baru-baru ini jumpa doktor dia xray tulang belakang .. dr cakap tulang belakang saya dah jadi bentuk s.. dah bengkok sebab terlalu lama pakai kaki palsu yang tak sama tinggi.. kemungkinan 10-15 tahun lagi saya akan lumpuh sepenuhnya… dr juga tak galakkan saya untuk dapat anak sebab setiap kali mengandung badan akan naik berat sampai 15kg , kalau saya mengandung, saya mungkin akan lumpuh lebih awal …saya nangis terisak isak sampai lebam mata…

Suami saya chill je dapat berita ini .. esok hari dia berhenti kerja .. katanya dia tak boleh kerja sebagai kuli orang macam sekarang ni kalau nak sara saya yang lumpuh nanti .. dia kena jadi lebih kaya … dia kena bersedia dengan kemungkinan itu.. saya tak tahu nak balas kesetiaan dia macamana .. saya suruh dia kahwin lain .. untuk dapat anak .. untuk rasa hidup normal macamana.. dia tak nak.. dia cakap kita hidup di dunia pun tak lama.. seronok kahwin sekejap saje.. dia nak saya jadi ketua bidadari dia kat syurga nanti dengan kaki kanan yang paling cantik sekali di syurga ..

Saya menangis lagi… saya sendiri pun tak bersedia lagi untuk lumpuh separuh badan tapi semangat suami saya lagi kental.. kepada suamiku sayang… sayang tahu awak suka share cerita dari page ni.. terima kasih tak terhingga dari isterimu yang cacat ini… mati hidup balik sayang tak dapat cari suami macam awak.. 😘

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

62 + = 63