Resepi

Resipi Buat Peanut Butter Sendiri, Modal Cuma RM2 Dah Dapat Sebotol

Cakap pasal peanut butter je mesti ramai akan fikir negatif seperti gula tinggi, menyebabkan jerawat, berlemak dan sebagainya. Peanut butter juga memiliki rasa yang lazat dan ramai gunakannya untuk salut dengan roti. Tetapi ramai yang tak tahu akan kelebihan dan khasiat yang ada pada peanut butter.

1. Mengenyangkan- Tinggi kandungan serat dan protein yang membuatkan perut berasa kenyang. Power ni!

2. Baik untuk jantung- miliki keseimbangan lemak jenuh dengan lemak tak jenuh yang dapat mengurangkan kolestrol dalam darah dan menurunkan peluang untuk kena sakit jantung.

3. Kaya dengan kandungan nutrisi-Dilengkapi dengan pelbagai nutrisi yang diperlukan tubuh kita seperti serat, protein, potassium, antioksidan, lemak baik, magnesium dan banyak lagi.

4. Mempelancar aliran darah-Dengan nutrisi seperti zat besi, tembaga, magnesium dan potassium, ia dapat mengatur kelancaran darah kita.

5. Melancarkan metabolisme-Peanut butter juga memliki kandungan niacin (vitamin B-3) dan mangan yang membantu proses metabolism

6. Pembentukan otot-Tingginya kadar protein yang memberi energy dan sangat baik untuk proses pembentukan otot

Selain jem, peanut butter atau mentega kacang selalunya akan sentiasa ada di dapur kita. Sebabnya anak-anak memang suka mentega kacang ini untuk dimakan bersama roti.

Harga sebotol sapuan roti ini boleh tahan juga, mencecah RM10. Tapi sebenarnya kalau nak jimat mentega kacang ini boleh saja dibuat sendiri. Percaya tak modalnya cuma lebih kurang RM2 saja sebotol.

Bahan untuk membuatnya pun mudah. Jom ikut perkongsian Sheila Cyla kalau nak jimat.

Bahan pun mudah

Siapa sangka dengan hanya bermodalkan lebih kurang RM2 boleh menghasilkan sebotol peanut butter sendiri. Barangnya pun cukup mudah…

  • 200 gm kacang tanah – disangai tanpa minyak dan dibuang kulit
  • 3 sudu besar minyak
  • ½ sudu besar mentega
  • 3 sudu besar gula
  • Sedikit garam

Cara nak buat lagi senang

  1. Kisar semua bahan menggunakan pengisar kering sehingga hancur dan berkilat.
  2. Tadaa…Dah siap untuk dimakan dengan roti atau biskut. Baki boleh simpan dalam botol.

Sumber : Sheila Cyla

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

− 5 = 3

error: Content is protected !!