Resepi

Wanita Ini Kongsi Resepi Sos Pedas Asam Jawa Original Thai, Sesuai Dibuat Bahan Pencicah

Sos pedas asam jawa resepi original dari Thailand ini memang unik dan mudah saja nak buat. Enak dinikmati bersama daging bakar, ayam panggang, kambing golek, ikan stim, ulam-ulaman, malah keropok mahupun udang atau sotong celup tepung.

Wanita yang menetap di Thailand ini, Puan Suttarat Wan Hanifah berkongsi resepi dan cara-cara membuatnya. Wanita ini yang lebih mesra dipanggil Iffah anak jati kelahiran Kelantan. Berjodoh pula dengan orang Thailand dan sekarang menetap di sana.

Ini resepi TAMARIND Sauce (nam chim jeal) enak dimakan dengan daging/ayam panggang. Best sangat. Made in Thailand uolss. Sapa tak try rugi.”

Bahan-bahan

  • 2 sudu besar air asam jawa
  • 1 sudu kecil nisan kabong (jika tak de uolls pakai gula perang yea)
  • 1 sudu besar kicap sotong
  • 1 sudu besar bawang merah yang siap dimayang
  • 1 sudu besar lada kering yang dikisar (yang ni readymade)
  • Beras goreng (readymade) jika kat Malaysia tak de uolls boleh ambil beras goreng tanpa minyak kemudian kisar.
  • 1 pohon daun bawang (dihiris)
  • 1 pohon daun sup (dihiris)

Cara Buat:

  • Masukkan semua bahan kecuali daun-bawang, daun sup dan bawang merah. Gaul sebati(campuran ni uolls boleh simpan dalam peti sejuk jika tak nak dihidangkan lagi)
  • Masukkan daun bawang, daun sup dan bawang merah kacau kemudian hidangkan.

Nota: Bila nak makan barulah hiris daun bawang,daun sup dan bawang merah.

Nota:

  • Sedap dimakan dengan ulam.
  • Jika di Thailand, sos ini diratah begitu saja. Sedap!
  • Antara ulam yang enak dimakan bersama sos pedas asam jawa Thai ini timun, kubis, daun salad dan lada hijau yang kecil tu.
  • Jika disimpan dalam chiller boleh tahan seminggu.

Specialnya Sos Pedas Asam Jawa Ni

  • Menambah rasa makanan
  • Kurangkan bau daging seperti ayam,lembu,kambing dan ikan.
  • Bila makan berjemaah seronok sikit sebab bila makan macam nak berebut-rebut
  • Yang penting lagi menu ni kalau orang nak turunkan berat badan sesuai untuk dijadikan meal terakhir iaitu waktu petang sebab lebihkan protein dan sayuran (ulam-ulam yang dimakan bersama)
  • Protein penting untuk membina otot badan  Memang awet la kalau makan bersama ulam.

Sumber:fb Suttarat Wan Hanifah

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

35 + = 40

error: Content is protected !!