Resepi

Resepi Orang Lama Lepat Liat Tok Maneh 1960an, Memang Jatuh Cinta

Resipi lama cara pembuatan pun gaya lama, kuih tradisional orang dulu-dulu yang masih digemari tetapi tidak banyak tempat yang menjual kuih ini. Sangat ‘rare’ kalau kamu teringin merasanya, apa kata ikut resipi ini pasti jatuh cinta.

RESIPI LEPAT LIAT TOK MANEH 1960an

Bahan-bahan:

  • 1 Kg tepung pulut
  • 3 cawan Gula merah
  • 2 1/2 cawan gula pasir (terpulang kalau nk manis letak lebih)
  • 3 biji kelapa (perah amik santan )/ 5 cawan
  • Sedikit garam
  • Daun pandan

Cara-cara:

  1. Campur gula merah, gula pasir, santan , garam & daun pandan dan masak sehingga mendidih. Dah mendidih tutup api. Biarkan sejuk. Dah sejuk tapis.
  2. Masukkan tepung dalam besen, kemudian masukkan bahan2 yg dimasak td (No 1). Kacau sampai hancur semua tepung tu.
  3. Balut dalam daun pisang (daun pisang kena sapu minyak supaya x melekat) lepas tu kukus 15-20 minit.
  4. Siap!

NOTA: Kalau yang ade kelapa macam mana pulak yer?… Kalau yang ada kelapa. Hanya parut kelapa. Tambah sedikit garam. Letak acuan atas daun pisang. Kemudian letak inti kelapa lepas tu balut sampai inti kelapa tu tak kelihatan.

Selamat mencuba.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

28 − 19 =

error: Content is protected !!