Wanita Ni Cuba Petua Dalam Sebulan. Rambut Tak Gugur Lagi & Semakin Lebat

Melalui pengalaman rambut gugur dikalangan ibu-ibu selepas melahirkan anak seakan satu mimpi ngeri. Apa tidaknya, bangun sahaja daripada tidur berhelai-helai rambut jatuh  di atas bantal. Itu belum lagi apabila sedang menyukat rambut atau semasa dicuci, boleh dilihat bergumpal rambut gugur.

Tidak mahu terus-terusan begitu, apa kata anda mencuba petua yang dikongsikan oleh Nurtieja Sheikh Ismail Nurtieja ini yang juga mengalami masalah yang sama, namun berjaya diatasi dengan amalkan ini.

RAMBUT SEMAKIN LEBAT TANPA GUGUR

Ini adalah resepi mak mertua yang sebulan lalu yang tieja nak kongsikan. Sebab tengok adik buat macam menjadi.. jadi tieja cuba dalam sebulan .. alhamdulillah berjaya.. dalam seminggu dah nampak sebenarnya banyak anak rambut tumbuh bahagian depan.. Kena konsisten yee.. tieja alami rambut gugur mase pregnant haritu. Pakai macam macam syampoo tak jalan.. akhirnya buat pati macam ni baru jalan

https://www.facebook.com/nurtieja.shreek/videos/2031343756939129

BAHAN 

  • SANTAN KELAPA (kadang kadang pakai yang kotak je )
  • ALOE VERA  Jika tak ade ALOE VERA boleh pakai OLIVE OIL

CARA BUAT : 

1.Kisar 1 biji atau 1/2 biji kelapa.

2. Perah dan ambil patinya.

3. Kisar santan bersama aloe vera dan olive oil.

CARA PAKAI :

  1. Lumur macam nak pakai minyak/serum rambut atau sedang bersyampoo.
  2. Sikat bagi sekata seluruh rambut, balut dengan tuala 30-45 minit bilas seperti biasa. nak guna syampoo pun tak ade masalah .. mane tahu korang tak tahan dengan bau santan.

Sumber : Nurtieja Sheikh Ismail Nurtieja

Author: admin

Leave a Reply