Umum

PEREMPUAN SIMPANAN LEBIH MEMBAHAGIAKAN DARI ISTERI?

PEREMPUAN SIMPANAN LEBIH MEMBAHAGIAKAN DARI ISTERI ?

En Suami : Ustaz. Perempuan simpanan saya lebih ramping tubuhnya. Tapi isteri saya gemuk.

Ustaz : Perempuan simpanan kamu pernah mengandungkan zuriat kamu ke? Tentu tak kan? Sebab dia lebih sayangkan bentuk badannya dari kamu. Isteri kamu pulak sanggup korbankan bentuk badannya untuk kamu dengan mengandungkan anak-anak kamu kerana dia lebih mencintai kamu dari bentuk badannya.

En suami : Tapi ustaz perempuan simpanan saya lebih manja dan lemah lembut. Isteri saya jarang ada masa untuk saya dan kadang-kadang garang.

Ustaz : Perempuan simpanan kamu tiada tanggung jawab untuk dipikul tentang kamu, dia tak perlu ambil tahu semua masalah kamu, makan minum kamu, hutang piutang kamu, sebab itu dia sentiasa nampak gembira bila bersama kamu. Tetapi isteri kamu memikul semua beban masalah kamu, masanya dibahagi-bahagi antara kamu dan anak-anak kamu. Kerana dia tahu menjaga anak-anak kamu adalah tanggung jawab dan itu tanda cintanya padamu.

En suami : Isteri saya jarang memujuk saya ustaz tak seperti perempuan simpanan saya.

Ustaz : Itu kerana isteri kamu sudah puas memujuk anak-anak kamu bila mereka bertanya ke mana kamu pergi tak pulang sampai ke pagi. Anak-anak mengadu tentang kamu yang tak pernah ambil tahu tentang mereka bersedih memikirkan kamu yang tidak ada masa untuk mereka. Isteri kamu sudah cukup melindungi maruah kamu di depan mata anak-anak kamu sedangkan kamu sendiri terus hanyut bergelumang dosa dengan perempuan simpanan kamu itu.

En suami : …. tapi kan ustaz….

Ustaz : Begini lah… kalau isteri kamu sentiasa tak cukup sempurna di mata kamu, kamu ceraikan sajalah dia. Mungkin dia terlalu baik untuk lelaki yang tak tahu bersyukur seperti kamu. Cuba kamu fikir kalau bukan kerana dia yang korbankan bentuk badannya kerana kamu, sepanjang hayat kamu takkan melihat waris keturunan kamu. Kalau dia mahu, dia boleh memilih untuk mencintai dirinya sendiri dari mencintai kamu. Tapi itulah pengorbanan seorang isteri yang tak pernah kamu hargai. Bukan dia yang tak cukup sempurna tapi kamulah yang tidak layak mendapat seorang isteri seperti dia.

Jawapan yang terbaik dari seorang Ustaz.

“Lelaki yang telah hanyut, tidak akan nampak lagi kebaikan dan pengorbanan isteri”

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

error: Content is protected !!