Orang yang berisi ni orang yang setia, bf paksa kekasih makan, rupanya takut gf mainkan hubungan mereka berdua.

Foto sekadar hiasan.

Assalamualaikum dan ucapan selamat untuk semua. Straight to the points, aku nak share sebuah kisah benar yang terjadi pada aku dalam dua tahun lepas. Kisah ini berkisahkan tentang aku, bekas teman lelaki aku dan berat badan. Aku bercinta dengan dia ni dalam lebih kurang satu tahun. Masa awal-awal aku kenal dia, berat aku around 48 kg macam tu. Dan dia macam tak berapa suka dengan berat aku masa itu. Aku awalnya terima usul dia untuk bagi badan berisi sikit sebab katanya tak elok kurus keding sangat memandangkan tinggi aku mencecah 165. Aku try makan dua kali ganda amount yang biasa aku makan. Tapi at the end of first month tu, berat aku cuma naik 2 kg. Bekas teman lelaki aku ni tak puas hati. Setiap hari merungut kata tak cantik kalau kurus sangat. Dan aku pun masa tu, cinta punya pasal.. Setuju je dengan dia walaupun aku rasa dah cukup ok dah berat aku masa tu. Dia pun start dia punya plan dan agenda. Setiap kali keluar makan bersama, for sure akan penuh makanan satu meja.

Awalnya aku memang happy la sebab yelah orang belanja isi perut sapa yang tak suka kan? Masuk kali ketiga dan keempat keluar makan, aku dah mula menolak untuk habiskan semua makanan atas meja. Bayangkan makanan penuh satu meja and aku sorang kena habiskan sebab dia bagi alasan diet. Selagi aku tak habis makan, selagi tu dia takkan bangun dari kerusi. Serik dengan perangai dia macam tu, aku pun banyak kali menolak keluar makan dengan dia. Tapi dia ni jenis tak mudah mengalah. Dia akan datang jugak rumah aku sambil bawak KFC, MCD or any fast food. Tengah malam buta pun sanggup hantar. Wajib makan katanya. Aku pun masa tu. Ikut je. Sampai pukul 3 pagi pun masih mengunyah ayam goreng lagi. Sayang punya pasal. Berat aku memang fully dia yang kawal. Suruh aku minum minuman yang manis-manis.. Makanan berminyak .. Makan banyak-banyak nasi setiap hari. And after 3 months, berat aku naik 75 kg. Dia masih tak puas hati. Aku pun masih ikut je lagi terus bersama dengan dia walaupun sedar yang badan aku dah macam dipam-pam.

Setiap hari aku rasa macam dia follow je ke mana aku pergi. Walaupun dia ni dah kerja and mostly pergi je kerja setiap hari, tapi aku still rasa macam diintip macam tu. Bayangkan setiap hari setiap jam whatsapp and call aku tanya pasal makan apa? Minum apa? Mau aku tak phobia. Aku pun masa tu, 70% menipu je pasal makan tu sebab dalam diam aku try nak turun kan berat badan aku. Dan setiap kali tu jugak dia sangsi dan tanya banyak kali. ” Betul ke tengah makan ni ? Kalau tipu siaplah.. ” and aku pun terus capai makanan and mengunyah bagi dia dengar. Baru dia puas hati. Ada satu hari tu, aku keluar hujung minggu dengan parents aku. Keluar jalan-jalan je. Dia ada tanya and aku jujur je yang aku keluar dengan parents. Dia pun ok. Time aku kat restaurant tu, dia whatsapp aku. “Tengah makan apa? Minum apa?” Awalnya aku pelik jugak. Dia tahu ke aku kat restaurant ? Aku pun balas yang aku makan spaggeti, lamb chop bagai dengan air big cup mocha gitu. After a few seconds.. “Aik, bukan ke tengah minum air kosong dengan salad?” time tu aku dah terketar sikit.

Dia macam intip aku sampai macam tu sekali. Lepas kejadian tu memang kaw-kaw aku kena paksa makan makanan yang dia beli. At last, lepas lebih kurang setahun macam tu, berat aku dah capai 90 kg. Dengan perli-perli yang aku selalu dengar, dengan low self confident lagi. Akhirnya aku decide nak berpisah dengan dia. Hanya dia saja yang puji aku cantik padahal aku dah habis buruk dengan lemak boleh goncang-goncang satu badan. Mesti korang pelik kan macam mana aku boleh stay selama tu dengan dia kan? Actually dia ni sangat baik. Cuma dia sangat mengawal aku. Mungkin kalau aku stay lama lagi dengan dia, berat aku boleh sama dengan berat seekor gajah. Dan sangat sukar dia nak lepaskan aku masa tu. Macam-macam jadi. (malas nak cerita sebab panjang sangat jadi nanti). Lepas-lepas tu aku ada terjumpa kawan aku yang merangkap kawan baik dia jugak. Baru aku tahu kisah sebenar disebalik perangai dia. Rupanya sebelum ni berat dia around 100 kg. Setiap perempuan yang dia date semua tak tahan lama. Semuanya pasal dia gemuk. Hanya dia saja yang setia dengan perempuan-perempuan tu.

Since tu lah dia try hard untuk lost weight. Sampai lah waktu kenal dengan aku tu, berat dia dalam 50 kg je. And bagi dia, ORANG YANG GEMUK NI IALAH ORANG YANG SETIA. Takkan tinggalkan pasangan dia. Tu pasal la dia gigih bagi aku gemuk supaya aku setia dengan dia selamanya. Pastinya dia tak tahu satu benda.. AKU SETUJU DENGAN DIA. Sebab tu aku try untuk takmau gemuk lagi sebab aku takmau setia dengan lelaki jenis macam dia. – IKHLAS dari yang sedang try hard turunkan berat badan.

Sumber: Edisimedia

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

94 − 92 =