Masalah Kesihatan

Nasihat Doktor, Jika Kitaran Haid Terganggu Sila Awasi 8 Perkara Ini. Allahurabbi.

Sebenarnya apabila wanita mengalami gangguan kitaran haid setiap bulan, ia mungkin menunjukkan petanda kepada sesuatu penyakit yang sedang dihadapi.Menurut perkongsian oleh Doktor Pakar Sakit Puan, Dato’ Dr. Hamid Arshat terdapat 8 perkara yang kaum wanita perlu berwaspada yang mungkin menjadi punca kitaran haid terganggu.

Berikut merupakan antara perkongsian ilmu daripada beliau sebagai rujukan;

Pusingan haid yang teratur melambangkan kesuburan, kewanitaan dan kesihatan. Berbagai gejala dan penyakit boleh menimbulkan gangguan haid. Diantaranya ada yang merbahaya dan mengancam kesihatan seperti Kanser Pangkal Rahim (cervix), Kanser Ovari atau Rahim.

Sebahagian besar disebabkan oleh gangguan hormon dan juga berbagai-bagai tumbuhan bukan kanser seperti Fibroids, endometriosis dan ovarian cysts.

Walau demikian wanita perlu berwaspada bila timbul gangguan-gangguan berikut:

1. Perdarahan Selepas Hubungan Kelamin
Ia dianggap sebagai tanda Kanser Pangkal Rahim. Walau demikian ada punca-punca lain seperti cervical erosion, jangkitan kuman dan cervical fibroids dan polyp.Wanita perlu periksa faraj dan buat ujian Pap smear.

2. Perdarahan Selepas Putus Haid
Ini satu tanda Kanser Dalam Rahim. Lain-lain punca, kekurangan hormone estrogen, fibroid dan polyp.Periksa peranakkan dan buat vaginal scan, buat pap smear dan juga diagnostic D&C.

3. Perdarahan Haid Terlalu Banyak & Berpanjangan (Menorrhagia)
Punca utama tumbuhan fibroid, adenomyosis, endometrial hyperplasia Dan polyps. Perlu buat vaginal scan.Rawatan dengan bedah D&C, buang Fibroids atau buang rahim.Pengambilan Ubat hormone, norethisterone (norculut) boleh membantu.

4. Sakit Senggugut
Sering disebabkan oleh endometriosis dan adenomyosis. Menimbulkan masalah kesuburan dan keguguran serta kesakitan.Perlu buat vaginal scan. Bagi gadis buat scan perut.

5. Haid Tidak Teratur
Jarak antara haid 3 hingga 6 bulan atau lebih. Sering disebabkan olih PCOS, ovari bengkak dan tidak subur. Sering berlaku pada wanita gemuk.Gangguan utama ialah sukar hamil, keguguran,perdarahan banyak dan berpanjangan.Perlu rawatan khusus dan kuruskan badan.

6. Tidak Datang atau Lewat Datang Haid
Punca utama ialah kehamilan. Langkah pertama buat ujian kehamilan UPT. Buat vaginal scan untuk pengesahan.Lain-lain punca ialah gangguan hormon akibat stress atau masuk umur empat puluhan. Mungkin hampir menopause.

7. Tidak Datang Haid Melebihi 6 Bulan
Satu tanda menopause bagi mereka berumur sekitar 50an. Atau premature menopause bagi mereka dibawah 40 tahun.Bagi mereka yang berhenti haid dalam umur 20an dan awal 30an , mungkin sebabkan ovarian failure, iaitu telur dan hormone telah tandus.

8. Tiada Datang Haid Pada Gadis Berumur 20 tahun
Mungkin disebabkan tiada rahim atau pangkal rahim atau faraj. Ini cacat kogenita, iatu sejak lahir tidak sempurna peranakannya.

Semoga bermanfaat & kongsikan ilmu ini buat wanita lain juga.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

error: Content is protected !!