Umum

Dulu Kereta, Sekarang Motor Pun Akan Kena Clamp Kalau Park Merata

Majlis Perbandaran Subang Jaya (MPSJ) akan memulakan penundaan motosikal yang diletakkan secara haram di kawasan komersial sekitar Subang Jaya dan Bandar Sunway

Antara tempat yang jadi perhatian ialah petak parkir OKU, kaki lima, petak parkir kereta, petak khas dan petak pili bomba. Yang Dipertua MPSJ, Noraini Roslan berkata, operasi itu ialah projek perintis dalam pengurusan lalu lintas supaya lebih teratur dan sistematik.

“Alat kunci ini diilhamkan MPSJ sendiri, tindakan penguatkuasaan ini ditumpukan di kawasan yang banyak aduan dan kritikal. Pemilik motosikal yang didapati melanggar peraturan ditetapkan akan dikenakan tindakan bawahPerintah Jalan (Peruntukan Tempat Letak Kereta) MPSJ 2007 (Pindaan 2015) di mana kapit motosikal (clamping) dan tindakan Notis Tawaran Kompaun akan dikenakan kepada pesalah.

“Caj sebanyak RM30 meliputi kos kapit (RM5), Notis Tawaran Kompaun (RM20) serta caj perkhidmatan (RM5) dikenakan,” katanya.

Kredit: Paultan

Harus diingat, sekiranya anda mahu membuka sendiri ‘clamp’ itu, anda boleh dikenakan tindakan di bawah kesalahan vandalisme dan denda hingga RM1,000!

Jadi, janganlah parkir motor sesuka hati ya!

Sumber: says

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

6 + 1 =

error: Content is protected !!