Resepi

Mi Calong Antara Menu Popular Kalau Ke Beserah, Pahang. Cuba Sendiri Pasti Suka

Menu yang sering kita dengar apabila menyebut Pahang, sudah tentu ikan patin masak tempoyak, khususnya di pekan Temerloh. Sedangkan sebenarnya banyak lagi makanan khas di negeri Darul Makmur itu yang tidak diketahui umum, satu daripadanya mi calong.

Makanan Beserah itu, perkampungan dekat Kuantan, sejenis mi bersama bebola ikan, tauhu goreng sumbat ikan, sup ikan dan telur separuh masak. Mi calong masakan mudah yang popular di Terengganu dan Pahang, tidak memerlukan bahan yang banyak dan paling penting bebola ikan fresh buat sendiri! Sesuai untuk kamu yang nak cuba jaga badan.

RESIPI MI CALONG

BAHAN-BAHAN:

  • Mee lidi LongFong
  • Lada hitam biji segenggam nk berasap lagi boleh tambah lagi.
  • Bawang Merah sesuka hati nk byk mana
  • Bawang putih sesuka hati nk byk mana

CARA MEMASAK:

  1. Mee lidi dicelur terlebih dahulu jangan lembut sgt sbb nanti nk masukkan sekali dlm kuah. Toskan. Letak tepi dulu.
  2. Tumbuk lumat lada hitam biji.
  3. Masukkan bawang merah dan bawang putih tumbuk sekali dengan lada hitam tadi. Guna lesung utk rasa yg lebih asli gitteww
  4. Panaskan minyak dalam periuk. Tumis segala bahan yg ditumbuk sampai dapur bau semerbak dgn tumisan bawang lada hitam
  5. Letak air dalam tumisan tadi. Ikut nk kuah byk mana. Biarkan menggelegak.

Sementara tunggu menggelegak tu, kita settlekan bahan seterusnya.

  • Ikan tenggiri/ikan selayang
  • Sawi

  1. Asingkan isi ikan mentah dari tulangnya. Tumbuk dlm lesung yg sama kita guna utk tumbuk bawang lada hitam tadi. Jgn basuh dulu lesung yg dah berbawang nanti. Terus je guna utk tumbuk isi ikan plk.
  2. Isi ikan mentah yg dah lumat tu tambahkan dgn garam sikit dan gaul sebati. Bulat bulatkan isi ikan mentah sebesar hujung ibu jari sejenis kegigihan buat bebola sendiri ni.
  3. Masukkan bebola ikan mentah dalam kuah yg tengah menggelegak tadi.
  4. Masukkan mee lidi yg dicelur tadi.
  5. Akhir sekali masukkan sawi.

Nota: Boleh jugak guna bebola ikan ni utk masuk dlm tumis sawi. Bahan sama jugak. Bawang dengan lada hitam tumis dulu, masukkan air, masukkan fucuk dan bebola. Masukkan suhun dgn sawi. Siap boleh buat lauk makan dengan nasi

Kongsi resipi: Nur Fatin Azeema

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

2 + 3 =

error: Content is protected !!