Menurut Kajian, Orang Yang Tidur Awal Cepat Kaya Dan Lebih Bahagia

Ramai di antara anda yang susah sangat nak tidur awal dan tidur secara teratur. Disarankan tidur selama 7 hingga 8 jam setiap hari bagi orang dewasa.

Tidur awal akan membuatkan anda lebih bertenaga dan sentiasa kekal aktif di untuk melakukan aktiviti seharian. Mereka yang tidur awal lebih bahagia dan cepat kaya menurut sebuah kajian. Berikut 3 kebaikan jika anda tidur awal pada setiap hari.

Turun Berat Badan

Berjaga hingga lewat malam lebih cenderung makan hingga lewat malam. Apabila anda malam lewat malam, anda akan melewatkan sarapan. Akibatnya tenaga akan berkurangan dan cenderung makan lebih banyak di siang hari.

Tidur Lebih Mudah

Kajian menunjukkan kebiasaan tidur lewat malam boleh menyebabkan insomnia. Selain jadi lebih susah untuk tidur, waktu siang pula anda mudah mengantuk kerana tidak dapat tidur di malam hari, sekaligus mengalami tekanan.

Lebih Produktif Di Siang Hari

Tubuh kita tidak diprogramkan untuk berjaga hingga lewat malam. Dengan tidur lebih cepat, hidup anda lebih produktif dan mampu melakukan apa saja. Sekaligus, prestasi kerja anda meningkat. Mereka yang berjaya sentiasa tidur awal untuk memastikan keesokan harinya dilalui dengan baik.

Cara Untuk Mengatasi Masalah Susah Tidur Atau Insomnia

Kosongkan fikiran atau berkhayal dari Semua Perkara

Buang tabiat suka berfikir atau berkhayal ketika baring. Samada siang atau malam, elakkan dari berfikir ketika baring. Kerana ia akan menjadi satu tabiat pada diri kita dan akan dibawa ke bilik tidur. Salah satu punca susah tidur ialah otak kita terus menerus berfikir tanpa henti ketika baring di atas katil. Oleh itu anda perlu didik diri anda untuk tidak lagi suka berfikir atau berkhayal ketika baring.

Apabila baring, ia masanya untuk anda berehat bukannya berfikir. Cuba lupakan sekejap segala masalah, jangan fikirkan perkara negatif dan berfikirlah dengan tenang. Apabila fikiran anda mulai tenang, anda pasti akan dapat tidur dengan baik.

Beristirehat waktu malam

Jadikan malam anda, waktu beristirehat. Jangan membuat kerja pejabat diwaktu malam. Jangan terlalu memikirkan masalah kerja pada waktu malam. Waktu malam ialah masa berehat. Kurangkan aktiviti yang memerlukan anda berfikir pada waktu malam. Lakukan aktiviti santai bersama keluarga pada waktu malam

Elakkan minum air berkafein

Minuman berkafein akan merangsangkan otak dan sistem saraf anda. Ia akan menyukarkan anda untuk tidur pada waktu malam. Dan juga elakkan makan makanan berat, 1-2 jam sebelum tidur

Elakkan Dari Bunyi Bising

Bunyi yang terlalu bising boleh menggangu tidur seseorang. Bagi anda sendiri, adalah sukar untuk tidur jika keadaan sekeliling yang bising. Saya pasti anda juga mengalami situasi yang sama. Anda perlu elakkan dari tidur dalam keadaan bising. Kalau boleh tutup terus sumber bunyi-bunyi yang bising seperti lagu-lagu yang anda pasang di radio, handphone dan laptop anda. Jika anda mahu juga anda boleh pasang dalam kadar tidak terlalu kuat. Jika anda mendengar bacaan zikir dan Al Quran itu adalah lebih baik.

Riadah waktu petang

Aktifkan diri anda dengan aktiviti riadah pada waktu petang. Lakukan aktiviti riadah seperti berjoging atau bermain dengan anak-anak anda. Keletihan pada waktu petang mampu membantu anda tidur dengan lena atau nyenyak pada waktu malam.

Tutup Semua Sumber Cahaya

Cahaya yang terang adalah salah satu faktor yang menyebabkan anda sukar untuk tidur. Memang sukar untuk tidur jika cahaya lampu yang masih menyala. Jika sumber cahaya yang terlalu terang akan menyebabkan anda susah untuk melelapkan mata. Bagi mengatasi masalah susah untuk tidur, anda hendaklah tidur dalam keadaan yang gelap atau cahaya samar-samar. Tutup semua lampu dalam bilik anda kalau boleh. Tidur dalam keadaan gelap akan lebih cepat untuk anda melelapkan mata.

Mandi supaya badan segar

Pastikan anda mandi sepuas-puasnya sebelum maghrib. Kesegaran tubuh badan amat membantu anda tidur nyenyak pada waktu malam.

Pastikan Tempat Tidur Nyaman dan Selesa

Faktor persekitaran amatlah mempengaruhi tidur seseorang. Tempat tidur yang baik akan dapat memberikan tidur yang baik juga kepada kita. Anda sudah tentu sekali akan merasa tidak selesa tidur jika tempat tidur anda itu kotor, berbau, basah dan sebagainya. Ianya boleh menganggu keselesaan anda tidur. Oleh itu pastikan tempat tidur anda itu bersih dan selesa.

Baca Doa Sebelum Tidur

Tidurlah dalam keadaan yang tenang dan mendapat keberkatan dari Allah. Banyakkan berzikir dan berdoa juga amat bagus mengelakkan anda dari terus berfikir tanpa henti. Lupakan segala kerungsingan dalam diri anda dan banyakkan mengingati Allah.

Sesungguhnya dalam mengingati Allah jiwa kita akan menjadi tenang. Selain berzikir, anda juga boleh membaca ayat Al-Quran sebelum tidur iaitu 4 Qul dan ayat kursi. InsyaAllah ia sangat membantu.

Tidur adalah satu keperluan penting dalam diri manusia. Semoga tips-tips ini dapat membantu anda yang mengalami masalah tidur, InsyaAllah. Jika boleh, jangan mengambil ubat tidur kerana ia boleh membawa kemudaratan pada jangka masa yang panjang.

Apa yang dikongsikan di sini hanyalah beberapa cara mudah untuk anda mengatasi masalah tidur. Ianya boleh diamalkan supaya masalah tidur anda akan dapat diatasi.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

74 + = 77