Inilah 6 Cara Media Sosial Boleh Merosakkan Perkahwinan Anda

Jika kita biarkan media sosial mengambil alih kehidupan kita, ia boleh merosakkan hubungan anda, termasuk perkahwinan kita. Media sosial adalah seperti sebahagian besar kehidupan kita sekarang. Ia adalah satu medium yang hebat yang membolehkan kita untuk mengekalkan hubungan dan berkomunikasi dengan mudah.

Walau bagaimanapun, media sosial mempunyai kesan yang berbahaya, terutamanya dalam hubungan kita, jika disalah guna. Ia juga boleh membawa kerosakkan serius kepada perkahwinan anda.

Bagaimana? Berikut adalah beberapa cara media sosial meruntuhkan hubungan, digabungkan daripada FamilyShare dan Huffington Post.

1. Media sosial membazir masa

Anda perasan tak? Kita sering kali berpaling ke sosial media kita di telefon untuk memastikan kita sentiasa ada perkara untuk dilakukan bila ada masa terluang. Malah kita melakukannya tanpa kita sedar; telefon pintar kita menjadi pilihan apabila tangan kita kosong.

Menghabiskan banyak masa dengan telefon mungkin tidak dilihat sebagai masalah besar, tetapi bila pasangan kita menghabiskan lebih banyak masa dengan telefon berbanding berkomunikasi dengan kita, ini adalah hal yang harus dipandang serius!

2. Media sosial boleh membuatkan anda mengidamkan kehidupan yang ‘lebih baik’

Sentiasa ingat perkara ini: apa yang anda nampak di media sosial bukanlah realiti yang tepat tentang kehidupan rakan anda. Kita sentiasa menunjukkan diri kita yang terbaik di media sosial. Jadi apa yang anda nampak hanyalah sebahagian daripada realiti sebenar.

Bila anda lihat rakan anda seolah sentiasa bahagia, ia yang mungkin membuatkan anda rasa tidak selamat dengan perhubungan anda sendiri.

3. Media sosial boleh menghubungkan anda dengan orang yang salah

Mungkin ada antara kita yang telah berpacaran dengan orang lain sebelum kita berkahwin dengan pasangan kita. Media sosial membuatkan ia lebih mudah bagi kita untuk berhubung semula dengan kekasih lama.

Berhubung semula dengan bekas pasangan mungkin kelihatan tidak bahaya – lagipun, niat anda baik, bukan? Namun, ini boleh membangkitkan semula perasaan lama dan berakhir dengan pelbagai persoalan.

Ini satu peraturan yang anda patut ikuti: setiap kali anda terfikir untuk berhubung semula dengan bekas pasangan anda, lebih baik jangan mulakan ‘drama’ dan fokus hanya kepada pasangan anda. Tinggalkan perkara yang sudah lepas! Jika kita biarkan media sosial mengambil alih kehidupan kita, ia boleh merosakkan hubungan anda, termasuk perkahwinan kita.

4. Media sosial boleh membuatkan anda berkongsi tentang hubungan anda secara melampau

Berkongsi tentang pasangan anda kadang kala adalah bagus, tapi jangan melampau. Orang ramai tidak mahu tahu tentang pergaduhan terbaru anda. Mungkin anda akan berasa lebih lega untuk meluahkan dan berkongsi apa yang anda rasa dengan dunia luar.

Namun, apabila anda sudah tunjukkan pada dunia, anda tidak boleh menarik ia semula. Apabila anda sudah berbaik semula dengan pasangan anda, anda mungkin akan menyesal dengan perbuatan anda yang telah mengubah pandangan orang luar terhadapnya.

5. Media sosial merosakkan skil komunikasi

Ia agak ironi, media sosial adalah medium komunikasi, tetapi ia sebenarnya ia boleh merosakkan cara kita berkomunikasi sesama kita. Jika kita lebih selesa berpaling kepada media sosial berbanding pasangan kita, ini adalah masalah.

Jika kita sentiasa memeriksa telefon semasa bersama pasangan, ini adalah masalah. Pasangan anda sepatutnya tidak hanya boleh mendapat tahu perkembangan anda melalui media sosial!

6. Media sosial boleh merosakkan hubungan intim

Kebanyakan dari kita memeriksa Facebook, Instagram, Whatsapp atau Twitter sebelum tidur. Dan ini boleh merosakkan hubungan terutamanya jika pasangan anda mahu bersembang atau bermesra.

Ia juga boleh menjejaskan tidur anda. Jika boleh, jauhkan skrin dari bilik tidur dan jauhi media sosial sekurang-kurangnya sejam sebelum waktu tidur.

Author: JVC

Leave a Reply