Panduan Suami Isteri

Bila Dah Masuk Alam Berumah Tangga, Ada Anak Tolonglah Buang 6 Sikap Ini Jauh-Jauh Demi Kebahagiaan Rumahtangga Korang. Tak Ada Istilah Kau Aku

Bila dah berumah tangga bukan bermakna tempat untuk pasangan menabur janji, berlagak pandai dan mengambil kesempatan. Ada perkara yang tidak boleh kita simpan supaya rumahtangga itu semakin kukuh dan penuh rasa cinta.

Jika masing-masing ego, fikirlah apa akan jadi pada anak-anak. Mereka belum mengerti apa-apa. Nak tak nak suami isteri kena ambil tahu apa yang terbaik untuk memastikan kebahagiaan rumah tangga kekal bahagia.

Suami Isteri buanglah :

1 – Rasa Ego
————-
Akibat dari ego kepala kita susah mahu menunduk ke bawah, apa sahaja yang cuba di sampaikan oleh pasangan kita tolak bulat bulat. Hanya pandangan yang keluar dari mulut kita sahaja yang betul. Sehingga pasangan kita rasa cintanya di khianati dan terpaksa setia walaupun tiada rasa sayang lagi.

Hati yang di khianati makin lama akan makin menipis, mudah koyak bila terlalu nipis. Hati-hatilah tuan-tuan. Tak jatuh ego seorang lelaki kalau tunduk sujud bersama-sama isteri.

2 – Rasa Curiga
————-
Bila dah terlalu sayang dan terlalu bergantung harap perasaan curiga mudah datang tanpa di undang. Tak salah ada rasa curiga, yang jadi salah bila kita biar emosi menguasai akal kita sehingga buat tindakan yang boleh buat kita menyesal. Kuatkan kepercayaan suami isteri barulah kita tak mudah pedih mata bila terkena makcik bawang.

Dalam rumahtangga kena jaga perasaan pasangan dengan menjaga pergaulan kita supaya tak timbul rasa curiga. Laki dan perempuan kena ada batas dan had pergaulan, tak kira bujang atau tidak.

4 – Penting diri ( Selfish )
————-
Lepas berkahwin tiada lagi istilah kau aku, yang ada hanya kita. Rumah kita, keluarga kita, hidup kita, anak kita, semua untuk kita. Rumahtangga tak dapat di bina jika akad nikah sorang-sorang, rumahtangga juga tak dapat sampai ke syurga jika seorang sahaja yang berusaha.

Penting diri tak akan jadikan hidup kita mudah bahkan ia menyusahkan. Suami isteri kena banyak berkongsi, masalah, rezeki, kebaikan, kegembiraan dan kesedihan cuba kongsi dengan pasangan barulah masing-masing tidak mudah rasa kecil hati.

5 – Degil, tidak mahu bertolak ansur
————-
Dalam rumahtangga tiada istilah aku betul kau salah, rumahtangga sepatutnya jadi tempat untuk berlumba-lumba buat kebaikan. Sentiasa bertolak ansur walaupun kadang kala ia tak kena dengan prinsip dan selera kita tapi asalkan ia boleh beri kegembiraan pada pasangan tak salah kita mengalah.

Degil dan tak mahu bertolak ansur tak bawa kita ke mana pun, mulanya kita rasa puas sebab pendirian kita sentiasa menang tapi tanpa kita sedar pasangan berdendam dan menanti untuk hukum kita bila kita buat salah.

6 – Malas
————-
Jangan mengambil kesempatan atas kebaikan pasangan dan kita juga tak boleh beri peluang untuk pasangan mengambil kesempatan ke atas diri kita. Sama-sama berusaha mencari rezeki dengan cara masing-masing kerana dengan berusaha sahaja baru turun rezeki. Tidak untuk mereka yang malas.

Pada mulanya boleh lah rasa kasihan tapi lama kelamaan lihat pasangan malas dan tak berubah boleh datang rasa benci dan meluat. Menjadi punca keluarga bercerai berai dan lebih teruk lagi anak jadi mangsa.

Ramai yang terlepas pandang perkara ni sebab terlalu fokus untuk menjadi ‘Perfect’ sehingga terlupa kecacatan yang perlu di buang.

Sumber: Mohd Fhais

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

error: Content is protected !!