Tips IbuBapa

Masak Itu Tak Kena, Ini Tak Kena, Order Like a Boss. Kita Bukan Hamba Anak

Tanggungjawab ibu bapa terhadap anak-anak ialah memberikan kasih sayang yang secukupnya. Kasih sayang yang mencukupi daripada ibu bapa membolehkan anak-anak membesar dengan seimbang daripada segi emosi dan jasmani. Namun, kadang kala kita terlebih manjakan mereka tanpa kita sedari.

Memanjakan mereka bukanlah kesalahan, tapi dalam membuat keputusan pula ibu bapa haruslah bertegas tetapi biarlah kena pada tempatnya, biar kita yang membentuk mereka, bukan mereka yang membentuk kita.

Wanita bernama Nazz Nazihah ini berkongsi sedikit pengalamannya bertegas dalam mendidik anak hingga akhirnya mereka akan hormat dan akan dengar cakap kita.

Dulu selalu tanya anak, “nak makan apa? Nasik nak? Ke nak Roti?“. Sampai lah satu hari saya tengah membeli cendawan kat gerai, terdengar seorang ayah cakap pada anaknya “nak tak cendawan?“. Anaknya geleng.

Ayahnya tanya lagi, “kenapa tak nak? Kakak suka cendawan.” Anaknya membentak, taknak! Muka mencuka bila ayah tanya soalan sama dua kali. Saya terkesima sebab saya selalu tanya soalan yang sama pada anak.

Mak pernah sound saya, mak cakap, “you are the mother or he is the mother? He must listen to you,”. Tapi masa mak sound tu saya blur, apa masalahnya kalau saya tanya anak nak makan apa.“Mari makan nasi.” Itu skema bahasanya cakap dengan anak. Mak kata, “Kita yang menentukan dia makan apa, kita bukan hamba anak,” Huhu.

Sekarang ni Bilal dah mula paham, dia kena makan apa mak dia suruh makan. Ada benda kita kena tegas dengan anak, ada benda adalah pilihan mereka..eat this or no foodLearn how to syukur. You know how hard my feeling when he says 

Tak sedap lah susu ni. One more scoop mama,” He orders me like a boss…..pandai mengomen ini xsedap, itu xsedap. Ya Allah ampunkan lah dosa-dosaku.

You drink it or you put it inside the fridge. I am not going to add susu dah.” “Ni tak sedap mama, rasa air masak je ni,” “Bersyukurlah, ada orang takde rezeki nak minum susu,” then I blahh….huhu

I cannot go further with this kind of argument. When he keeps telling me, I buat pekak saja. Luckily he either drink it or he keep it inside the fridge. 

Dia dah mula faham mak dia. Namun semua tu setelah saya menyaksikan sendiri how rude anak yang treated like a king. Saya mula belajar bertegas, walaupun peringkat awal dulu dia mendesak desak kerana mula2-mula saya ikut je kata dia. Tapi akhirnya dia tahu, segalanya ada batas.. namun proses itu sungguh menggugah emosi seorang ibu yang adakalanya begitu fragile.

Kredit: Nazz Nazihah

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

5 + 5 =

error: Content is protected !!