Umum

Maksud Mati Pucuk

APA ITU MATI PUCUK ??????

Mati Pucuk atau juga dikenali sebagai lemah tenaga batin merujuk kepada ciri-ciri kegagalan alat kelamin lelaki untuk menegang atau mengekalkan ketegangan sehingga mencapai kepuasan seks.

Ia juga dikenali dengan nama ‘Disfungsi Erektil (ED) atau “impoten” dalam istilah perubatan.

Keadaan ini berpunca dari banyak sebab, antaranya seperti masalah jantung yang tidak disedari, darah tinggi dan kencing manis, kebanyakannya mampu dirawat. Punca masalah mati pucuk boleh juga disebabkan oleh psikologi atau fisiologi. Dari segi fisiologi, ketegangan zakar adalah melalui mekanisma hidrolik berasaskan darah memasuki dan dikekalkan dalam zakar, dan terdapat pelbagai cara ia terhalang, kebanyakannya boleh dirawat. Mati pucuk psikologi adalah di mana kegagalan tegang disebabkan pemikiran atau perasaan dan bukannya kegagalan fisikologi; dan ini sering kali boleh diatasi. Dalam masaalah mati pucuk psikologi, terdapat kesan plasebo yang jelas.

Ubat yang diberikan oleh doktor untuk merawat penyakit kencing manis, sakit jantung dan tekanan darah tinggi boleh menyebabkan lemah tenaga batin apabila diambil secara berterusan. Oleh itu, adalah baik jika pesakit berbincang dengan doktor berkenaan kesan sampingan tersebut, sebelum mula mengambilnya.

Pesakit dengan masalah jantung selalunya diberikan ubat mengandungi nitrat. Bahan aktif dalam ubat mati pucuk (seperti Sildenafil Citrate (Viagra),Cialis dan Levitra) mampu berinteraksi dengan nitrat dan menurunkan tekanan darah kepada paras merbahaya dan mampu membawa maut.

Bagi pesakit kencing manis, darah tinggi atau kolesterol tinggi, mengambil ubat tanpa rujukan doktor mampu menyebabkan kesan sampingan merbahaya seperti kegagalan ginjal.

Ya saudara. Bagi lelaki, Mati Pucuk bagaikan MATI SEBELUM MATI. Mati Pucuk juga, berkait rapat dengan tanggapan budaya kepada kesuburan, kejayaan, dan kelakian, mampu menyebabkan kesan psikologi teruk termasuk perasaan malu, perasaan hilang harga diri atau rendah diri. Budaya orang kita memang suka berdiam diri dan tidak mahu berbincang mengenai masalah ini. Fakta sebenar adalah sekitar 1 dari 10 lelaki akan mengalami masalah lemah tenaga batin berulang pada satu ketika dalam hidup mereka.

Sebarkan info ini sebagai tanda sayang anda pada rakan-rakan anda..

www.panduanintim.blogspot.com

error: Content is protected !!