LELAKI SENTIASA MUDA TETAPI WANITA SEMAKIN LAJU JADI TUA SELEPAS KAHWIN

 

LELAKI SENTIASA MUDA TETAPI WANITA SEMAKIN LAJU JADI TUA SELEPAS KAHWIN.

Apabila seorang lelaki dan wanita telah berkahwin, mereka seperti sepasang pasangan yang paling bahagia di dunia. Kentutpun lepas slow-slow, tiba-tiba sahaja bau keluar (itupun tak komplen…macam wangi sahaja), nak sendawa pun cover-cover dan siap cakap “ekyusmi”. Ehemm…lepas 2 bulan, nak kentut pun main sepah sahaja mana sempat, sendawa pun sampai nak keluar anak tekak.

TAPI…

Jika boleh kekalkan kasih sayang ketika itu, kira dah ok lah tu NAMUN ada masalah sedikit. Lelaki dia lupa dia semakin tua dan tidak sekacak semasa berkahwin. Pinggang semasa jadi pengantin baru 29 tapi selepas 10 tahun dah jadi 45. Tapi self-esteem lelaki sangat tinggi kerana mereka akan sentiasa rasa mereka masih sehangat dahulu dan melihat pula orang rumahnya yang dulu stylo-style macam Hanez Suraya dah mula jadi macam Makcik-makcik pula. Mula lah nanti isteri jadi risau kerana Si Suami masih rasa dia muda tetapi Si Isteri pula tak sempat nak stylo-stylo dengan anak dah macam keretapi.

BIla risau akan suami cari lain, Si Isteri pula dah jadi risau. Dulu umur 28 tahun dah jadi 38 tahun. Yang dulu kejang, sekarang dah kedut. Yang dulu bergetah, sekarang dah longgar, yang dulu wangi sekarang dah hapak, yang dulu muda sekarang dah macam tua. Bila berjalan dengan suami, menjeling sahaja mata suami tengok gadis-gadis muda yang ketat-ketat lagi. Lepas 10 tahun kahwin, suami masih perasan umur masih 28 tahun, isteri pula dah rasa macam 48 tahun.

Habis segala botox, vitamin C, pembedahan plastic, jamu itu dan ini jadi laris. Asal ada syarikat baru jual kosmetik sahaja mesti pengasasnya jadi jutawan.

Rileks semua. Kalau dah umur 38 tahun, janganlah cucuk sana cucuk sini untuk challenge budak umur 28 tahun. Nanti ada makcik umur 60 tahun pun masih nak jadi macam umur 28 tahun. Banyak pula belanjannya.

Pesanan untuk lelaki, anggaplah isteri itu semakin lama semakin berharga. Hari ini, orang dah kaya masih simpan kereta antiknya bukan kerana mereka tiada duit, tetapi mereka ada sentimental value kerana kereta antik itulah yang dahulu mereka rasanya dari bau kedai lagi. Masih rasa macam baru semalam koyak plastik. Janganlah kerana ternampak Ferrari, kereta lama dibuang ketepi. Ferrari itupun, lama-lama jadi antik juga.

Untuk Wanita, ini Abg Aji nak pesan. Lelaki memang sentiasa rasa muda. Itu sebenarnya baik untuk anda kerana apa yang anda perlu buat ialah sentiasa melayannya seperti macam semalam baru kahwin. Maka kemudaan itu akan terus muda dan insyaAllah suami tak cari lain. Kalau cari lain juga….maknanya suami kau gatal!

Satu lagi tambahan pesanan Abg Aji kepada lelaki yang masih perasan remaja tapi anak dah berderet, isteri dah berkedut tu…jangan rambang mata lihat gadis cantik pakai ketat tu. Kadang-kadang yang awak nampak besar tu silap-silap “push-up bra” sahaja ataupun implant (pilihlah yang original). Sekalipun original, nanti dah sampai 2-3 orang anak, betik yang ranum pun lama-lama benyek juga. Jika rasa susah nak kawal nafsu, cuba fikir-fikir…perempuan yang ketat-ketat yang awak nampak tu, hanya cantik sebelum dapat jer….lepas awak dah cretttt…dah macam biasa jer pun. Jangan diturut sangat nafsu “monyet belaan” awak tu.

Oke lah, rasanya itu sahajalah pesanan Abg Aji kepada adik-adik yang baru mula nak gatal nak kahwin artis muda atau janda.

Sekian

ABANG AJI
Hos Rancangan Semanis Pelam Muda.

* Gambar hiasan sahaja, tiada kena mengena dengan beliau samaada beliau hidup atau jika beliau mati…ada abang kesah?

 
 
Author: admin

Leave a Reply