Tips

Laman Terhad Tapi Suka Tanam Bunga, Cuba Cara Ini Untuk Indahkan Laman Anda

Hobi bercucuk tanam bagi kita yang tinggal di kawasan perumahan apartment, mahupun teres lot tengah pasti berhadapan dengan masalah ruang tanah yang terhad. Laman terhias cantik, sejuk mata yang memandang. Melalui perkongsian Puan Intan Adnan ini diharapkan dapat atasi masalah tersebut.

“Saya pun dah cuba buat bende viral ni…. mula2 buat tinggi 2 kaki (kelabu) , pastu 3 kaki (putih) … pasni nak buat lagi tinggi. Bila buat gini – En Somi dah tak boleh nak kata “nak tanam mana lagi tu yanggg oiii ?? Hihihih… sbb tempat dah banya”

“Sy gune PVC yg besar sekali kt kedai hardware tu ….. tinggi 4 kaki & 5 kaki … klau nk tinggi lagi pun boleh. Semoga makin cantik & kemas kebun bunge & kebun sayur kite.”

Bahan-bahan :

  • PVC kelabu – RM 3.60 per kaki.
  • PVC putih – RM 4.00 per kaki.

Sy buat 4 kaki tinggi.

Cara buat :

Buat garisan lurus pakai pensel. Pakai tape pengukur tu sebagai pembaris pun boleh.

Bahagikan …. ukur lilit anggaran 35cm / 3 bahagian = anggaran 12cm untuk 1 bahagian. Dah ukur tu, lukis garisan panjang sampai ke bawah. Tak perlu tepat2 sgt.

Buat garisan melintang (untuk buat lubang). Anggaran 6cm @ 8cm bergantung kepada jenis bunge / sayur nk tanam.Gergaji ikut garisan melintang yg di lukis tadi. Jarak antara kelopak sy buat antara 10cm ke 15 cm (bergantung juga kepada jenis bunge / sayur yg nk di tanam).

Setelah siap di gergaji….. ni rupenyer dari dalam (abaikan meow sy tu). Nampak kan anggaran jarak dan selang seli antara kelopak. Guna api sederhana utk panas & lembutkan PVC. Lebihkan api kat bahagian atas kelopak ye. sebab bahagian atas ni yg banyak nak di bentuk.

Sementara PVC masih panas – tekan “kelopak atas” dengan towel lembab. Bentukkan. Kalau PVC tu terhangit takpe…. perkara biasa.


Ini ukuran kelopak 8cm. Bahagian dlm pvc (bawah sekali), sy masukkan batu2 utk pengaliran air. Pastu baru sy masukkan tanah. Semasa masukkan tanah pastikan TEKAN setiap satu lubang supaya tak kosong. Sesetengah org akan simen PVC ke dlm pasu… tapi sy tak reti pakai simen.si tekan2 pakai tanah & batu je supaya tegak.

Semoga perkongsian ini bermanfaat..Selamat mencuba!

Sumber :FB Intan Adnan

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

52 − = 47

error: Content is protected !!