Panduan Kesihatan, Panduan Suami Isteri, Petua, Petua suami isteri, Suami Isteri, Tips, Umum

Ketahui Punca dan Penyebab Kenapa Faraj Anda Kering

Secara semulajadi ketika tubuh terasa terangsang secara seksual, tentunya faraj akan memberi respon dan tanpa disedari akan mengeluarkan cecair atau lubrikasi yang menandakan aktiviti seksual akan bermula. Namun ada beberapa wanita yang mempunyai cecair atau lubrikasi yang sedikit dan ada pula yang banyak. Apabila cecair faraj yang dihasilkan sedikit akan membuat faraj terasa sakit dan perih ketika pasangan anda memulakan aktiviti seksualnya.

Banyak faktor penyebab mengapa cecair faraj sedikit atau faraj terasa kering, yang mengakibatkan tidak hanya mengganggu aktiviti seksual tetapi membuat hubungan seksual anda dengan pasangan tidak dapat mencapai kepuasaan berorgasme.

Berikut ini ada beberapa faktor penyebab faraj kekurangan cecair atau faraj menjadi kering, diantaranya adalah:

1. Menapouse

Apabila seorang wanita memasuki masa menopause sekitar usia 40 tahun keatas atau dengan mulai adanya tanda berhentinya masa haid. Hormon seksual pun akan mengalami perubahan, yakni penurunan kerja dan fungsi dari hormon estrogen dan progesteron yang dapat membantu wanita menghasilkan sel telur dan menghasilkan cecair lubrikasi. Jika hormon estrogen menurun maka peluang ovari pun menjadi berkurang. Pada wanita ketika menginjak umur 40 tahunan atau mula menopause, maka pengeluaran sel telur akan mula berkurang. Kesannya akan terjadi pada turunnya pengeluaran estrogen yang sangat penting bagi metabolisme tubuh dan pengeluaran cecair faraj pun juga akan mengalami penurunan.

2. Ubat-Ubatan

Pengaruh ubat-ubatan perubatan juga sangat berpengaruh terhadap pengeluaran cecair lubrikasi pada vagina. Seseorang yang sedang dalam masa penyembuhan atau rawatan dengan mengambil ubat-ubatan perubatan akan memberi kesan negatif, yakni selain mengganggu metabolisme tubuh, mengganggu fungsi kerja dari buah pinggang juga boleh mengganggu kehidupan faraj anda. Adapula jenis ubat yang mengandungi dekongestan akan menyebabkan pembuluh darah terganggu dan membuat pengeluaran cecair lubrikasi faraj menurun.

3. Kurangnya “pemanasan” (foreplay)

Foreplay atau pemanasan ketika hendak akan memulakan suatu aktiviti seksual, setiap pasangan disyorkan untuk memulakan pemanasan terlebih dahulu untuk merangsang hormon seksual agar bertindak balas dan membangkitkan semangat untuk melakukan hubungan seksual. Pemanasan boleh dilakukan sekitar 5-15 minit untuk merangsang pengeluaran cairan lubrikasi faraj secara optimum.

4. Hiperprolaktinemia

Hiper-prolaktinemia adalah seseorang yang mempunyai kelebihan hormon prolaktin. Biasanya pengeluaran hormon prolaktin akan tinggi, setelah melahirkan dan dalam masa menyusui kanak-kanak kecil. Hormon prolaktin ini akan mempengaruhi pengeluaran cecair faraj menjadi menurun.

5. Kesan sampingan akibat tindakan operasi

Kesan sampingan dari akibat tindakan operasi yang berkaitan seperti masalah pembiakan wanita, misalnya pembedahan rahim atau operasi kista dan sebagainya juga akan menyebakan turunnya pengeluaran caiaran lubrikasi.

6. Perubahan hormon

Faktor adanya perubahan hormon terutama perubahan hormon seksual akan mempengaruhi turunnya pengeluaran lendir. Selain itu faktor psikologi seperti rasa stress, marah akan mempengaruhi pengeluaran Luteinizing dan Follicle Stimulating Hormone (LH FSH) yang mengakibatkan Hipotalamus hipofise dalam otak terganggu, sehingga memberi kesan pada peningkatan hormon estrogen dan pengeluaran cairan lubrikasi.

7. Tekanan

Apabila wanita sedang mengalami suatu masalah seperti stress. Biasanya perasaan yang diliputi emosi yang tidak stabil. Hal ini juga boleh menyebabkan terganggunya hormon seksual kemudian mendorong pengeluaran faraj menurun, kemudian timbul masalah lain seperti penurunan ghairah seksual.

8. Setelah melahirkan

Biasanya wanita yang selepas melahirkan akan mengalami pengeluaran hormon prolaktin yang berlebihan, hormon inilah yang mempunyai peranan yang mengakibatkan kejatuhan ghairah seksual kerana kekeringan cecair faraj. Untuk mengembalikan atau mendapatkan kembali cecair lubrikasi secara normal diperlukan waktu beberapa bulan, tentunya dengan tetap menjaga pola makan, kebersihan diri dan penjagaan tubuh seluruhnya setelah melahirkan.

9. Penggunaan kondom

Kondom dengan beberapa jenis tertentu juga mempunyai pengaruh yang sangat besar, kerana pemakaian kondom bagi wanita secara ketara atau terus-menerus boleh menyebabkan sensitiviti faraj berkurang dan cecair lubrikasi yang dihasilkan menjadi lebih sedikit.

10. Masa menyusui

Sama halnya dengan proses setelah melahirkan, pastinya seorang selepas melahirkan akan menyusukan. Ketika masa menyusukan seorang wanita akan mengalami peningkatan pada hormon prolaktin dan oksitosin yang cukup tinggi untuk membantu tubuh dan hormon lain menghasilkan ASI. Kedua hormon tersebut inilah yang boleh menyebabkan cecair faraj menjadi kering.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

error: Content is protected !!