Masalah Suami Isteri

KENAPA INI BERLAKU ? APA SILAPNYA ?

KENAPA INI BERLAKU ? APA SILAPNYA ?

Pasangan curang, bermain kayu tiga, kita suka atau tak, inilah yang banyak berlaku dalam rumahtangga zaman sekarang. Kita tak boleh menafikannya lagi.

Ia tergolong dalam 3 punca tertinggi penyebab musnahnya rumahtangga yang dulunya dibina atas ikatan cinta yang ikhlas, inilah statistik dari jabatan agama.

Kisah benar dari satu peristiwa yang diceritakan semula dari salah satu pasangan yang saya pernah temui.

Si isteri ni cerita pada saya, baru lepas gaduh dengan Suaminya suatu pagi tu, tengah nak bersiap pegi keje. Lepas suami keluar hempas pintu bilik, dia pun sambung bersiap untuk ke tempat kerja dengan rasa lemah dan tidak bermaya. Anaknya mula menangis seakan-akan dapat rasa kesedihan si Ibunya. Pagi yang yang sepatutnya indah, diselubungi suram yang gelap. Teringat si Isteri ni 2 tahun lalu, Suaminya selalu melayan manja padanya setiap kali dia bangun dari tidur, memang masih rasa lagi kasih sayang suami yang dicintainya. Tapi, semua itu, telah tiada lagi. :’-(

Lepas si isteri tu pergi kerja, sampailah ke petang. Dia pandu pulang dari tempat dia bekerja, singgah ke taska untuk menyambut anaknya. Dia sanggup bekerja demi menambah rezeki si Suami, sebab dia tak sanggup tengok suaminya bekerja penat-penat seorang diri demi menyara kos hidup yang tinggi. Dah sampai rumah, si Isteri terus sambung dengan kerja-kerja rumah sebagai rutin hariannya. Hinggalah malam, suaminya masih belum pulang. Dia beritahu, dia rindu sangat pada saat dulu bila si Suaminya pulang dari kerja dengan penuh semangat dan gembira apabila melihat dia membuka daun pintu rumah. Memang Suami dia terus peluk dia dengan rasa sayang. Tapi, semua itu, hanya suatu ketika dahulu.. :’-(

Dan inilah pula cerita dari suaminya pada masa malam tu.

*Saya dialogkan untuk mudah faham.

Suami : [konon tengah sedih la sangat] I tension lah kat rumah tu. Isteri I tu kongkong i macam budak-budak. Asyik membebel jer kejenya. Dah la tak layan I dengan baik. Tak macam U langsung. :->

Teman Wanita : [dengan gedik] I mestilah layan U dengan sempurna, I kan sayang U. Bodoh betul Isteri U, tak pandai langsung nak jaga U. Bertuah I dapat U tau. :->

Suami : [sedih pilu kecewa] Tu lah. Tak pernah langsung dia jaga penampilan dia untuk I. Layan I macam nak tak nak jer. Macam I ni bukan suami dia langsung!!

Teman Wanita : [bertambah gedik] Alahai, Kesian U. Takpe-takpe, I kan ada? I akan layan U seperti di syurga.

Masa tu Isteri dia tengah tunggu si suaminya pulang ke rumah, untuk minta maaf atas keterlanjurannya pada si Suami pagi tadi. Tunggu dan terus tunggu. Dengan penuh harapan… :’-(

Ini bukan cerita rekaan saya. Dan anda pun tahu, memang banyak berlaku zaman sekarang ni.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

error: Content is protected !!