Anak

Kelebihan Adik Bongsu Dan Penyeri Dalam keluarga

Jika anda perasan, lelaki atau perempuan bongsu selalunya perwatakkan yang sederhana dan juga sangat peramah. Selain itu mereka juga lucu dan sesiapa sahaja yang mendekati mereka akan mudah terhibur. Mungkin kerana sudah terbiasa dimanja dan sering diberikan perhatian, sebab itu mereka mudah mesra dengan sesiapa sahaja yang mendekati mereka. Hasil kajian mendapati 46 peratus daripada anak bongsu mengatakan diri mereka paling lucu, berbanding 36 peratus anak sulung.

Mereka yang terlibat dalam kajian tersebut berkata salah satu sebab kerana anak sulung merasakan beban tanggungjawab terhadap adik-adik mereka dan adik bongsu tidak merasakan sebegitu. Hasilnya, 54 peratus anak sulung mengaku wujudnya perasaan lebih bertanggungjawab berbanding 31 peratus anak bongsu. Walaupun 47 peratus anak bongsu dilaporkan berperwatakan mudah bergaul, kejayaan lebih berpihak kepada anak sulung, dengan 38 peratus mengatakan mereka lebih berjaya berbanding anak bongsu.

Tidak kira samaada anda anak sulong ataupun anak bongsu, masing-masing mempunyai tanggungjawab dalam keluarga. Jangan hanya kerana sering dilabelkan anak manja membuatkan anda mengabaikan tanggungjawab anda sebagai seorang anak walaupun anda mempunyai abang atau kakak  sulong.

Kelebihan Seorang Anak Bongsu Yang Kita Tidak Sedar

Anak bongsu selalu dibandingkan dengan anak sulung, mahupun dengan adik beradik yang lain. Ada yang mengatakan anak bongsu terlalu dimanjakan. Tetapi betul ke? Jom lihat kelebihan anak bongsu dalam sebuah keluarga,

1. Tahu cara menghiburkan diri sendiri
Anak bongsu tidak pernah kehabisan akal untuk menghibur dirinya sendiri. Walaupun kakaknya sibuk bermain, namun si bungsu bisa menggambar atau bermain sendiri. Inilah yang membuat mereka cenderung kreatif dibandingkan kakak atau abangnya.

2. Boleh tidur dengan lampu menyala
Bising suara tv atau terangnya lampu tak menghalangnya untuk si bongsu mudah terlelap.

3. Lebih banyak berkawan dengan orang yang lebih tua
Anak bongsu identik dengan pergaulan yang tak terbatas. Dia boleh bergaul dengan siapapun termasuk dengan kawan-kawan kakak atau abangnya yang lebih tua.

4. Sering belajar dengan mengamati kegagalan atau kejayaan orang lain
Disebabkan sering mendengar orangtua atau si sulung dengan segala arahan dan cadangan membuat sesuatu perkara, ia menjadikan si bongsu belajar daripada situ.

5. Suka berjenaka
Rasa humor yang tinggi biasanya dimiliki si bongsu. Ya, walaupun sering menangis, tetapi percayalah, Anda lebih suka tertawa.

6. Hak istimewa untuk mendapatkan apa yang diinginkan
Beli pensel, atau apa sahaja, semua hal yang Anda inginkan biasanya akan diberikan oleh kakak, abang atau ibubapa. Ini dia hak istimewa si bongsu yang paling seronok.

7. Senang mendapat perhatian
Meringkuk dengan ibu di atas sofa atau makan sambil disuap oleh kakak dan menjadi perhatian kakak adalah karakter Anda.

8. Paling disayangi
Meski tidak ada bukti yang kukuh, tapi ramai yang bersetuju dengan hal ini. Meskipun bentuk kasih sayang di setiap keluarga berbeza namun si bongsu biasanya mendapatkan perhatian lebih dibandingkan kakak-kakaknya.

7 Fakta Tentang Perangai & Perwatakan Anak Bongsu

“Kalau sebut tentang anak manja, mesti terbayang kelebihan anak bongsu. Tapi, bukan semua mahu dilayan begitu. Siapa tak terasa bila pendapat kita tak pernah diambil serius. Mereka anggap aku ini ‘budak kecik’ lagi padahal aku dah dewasa.” Siapa kata jadi anak bongsu itu mudah? Memang orang selalu war-warkan kelebihan anak bongsu yang dianggap manja, diikutkan semua kemahuan mereka, dan tak pernah dimarahi. Dalam sesetengah hal, tentulah ada benarnya.

Namun, hakikatnya anak bongsu itu sukar untuk keluar dari ‘kepompong’ untuk dianggap sebagai seorang yang mampu membuat keputusan sendiri. Bagi sesiapa yang menjadi anak bongsu dalam keluarga, tentu anda pernah terasa hati dengan 7 perkara ini. Walaupun kelebihan anak bongsu dianggap tak terkira banyaknya, ada rintihan mereka yang kurang didengari. Ia juga meninggalkan impak besar kepada mereka apabila semakin dewasa.

1. ‘Rela’ Dengar Cakap Semua Orang

Betullah, memang anak bongsu dapat semua perhatian. Tapi, perhatian itu bukanlah seronok jika ianya melampau dan berlebih-lebihan. Apabila semua gerak-geri kita sentiasa diperhatikan, tentu ianya merimaskan. Malah, anda bukan saja kena dengar cakap ibu bapa, tetapi juga abang dan kakak!

2. Rela Dianggap ‘Budak-budak’ Walaupun Sudah Besar

Sebagai anak bongsu, ramailah yang akan menasihati si kecil ini dalam setiap perkara hingga mereka berasa selesa untuk ‘dikawal’ dan tak tahu buat keputusan sendiri. Begitulah yang diakui oleh Michael Grose, penulis buku Why First-borns Rule The World And Last-borns Want To Change It. Susah meyakinkan orang lain tentang idea atau pendapat mereka, terutamanya apabila ianya berbeza daripada apa yang abang atau kakak selalu buat sebelum ini. Bila nak berdikari dan belajar hidup sendiri, selalunya akan dibantah dan dipujuk. “Buat apa nak membazir? Duduk sajalah dengan Mak dan Ayah, kan senang.” kata mereka.

3. ‘Rela’ Dibanding-bandingkan Dengan Abang & Kakak

Bukannya senang nak meneruskan legasi atau reputasi abang dan kakak yang cemerlang dalam pelajaran. Kerja pun semuanya bagus-bagus. Menurut laman web Psychologies, sebab itulah anak bongsu lebih cenderung untuk memilih haluan yang jauh berbeza daripada abang dan kakak mereka. Semasa belajr lagi, mereka sudah mula rasa tertekan untuk mengikut jejak langkah abang dan kakak. Lebih teruk lagi kalau abang dan kakak pernah diajar oleh guru yang sama. Kalau buat silap, mesti ada cikgu yang akan mula membuka cerita betapa handalnya abang dan kakak semasa belajar di sekolah itu dahulu. Perkara ini menjadikan mereka rendah diri dan semakin stres.

4. ‘Rela’ Dipinggirkan

Semasa kecil, mungkin ibu bapa jarang memberi tugasan kepada anak bongsu. Kalau yang sulung ditugaskan menolong ibu di dapur, si bongsu cuma disuruh ‘main jauh-jauh’ dan jangan mengganggu. Walaupun ini dilihat sebagai kelebihan anak bongsu, tetapi ia tidak sepatutnya berterusan kerana ia hanya akan merugikan si anak. Mereka perlu diajar untuk memikul tanggungjawab juga supaya lebih mudah membawa diri apabila dewasa.

5. Kurang Diraikan Berbanding Adik-beradik Lain

Anak sulung diraikan apabila mereka mula pandai berjalan, boleh membaca, hari pertama ke sekolah, atau universiti. Tapi, bila dah masuk anak bongsu, macam tak ada apa-apa lagi yang nak dihairankan. Mungkin ibu bapa tak perasan bagaimana mereka menjadi kurang ‘excited’ untuk meraikan setiap ‘milestone’ yang dicapai oleh anak bongsu berbanding dengan anak sulung.Jika anak masih kecil, mungkin mereka belum faham. Tapi apabila anak sudah mula bersekolah, mereka tentu akan terasa hati juga.

6. ‘Rela’ Mengalah, Jadi Yang Terakhir

Hampir dalam setiap hal, kita kena tunggu giliran dan dahulukan kakak atau abang. Dalam masyarakat kita, masih ada lagi yang percaya tentang ‘langkah bendul’ apabila adik mendahului kakak dalam soal perkahwinan. Ada yang tak dapat menerima hakikat dan terasa hati jika anak bongsu sanggup ‘melukakan’ hati dan ‘menjatuhkan’ martabat kakak mereka. Tentu ada saja perdebatan dan mungkin menyebabkan pergaduhan yang berpanjangan. Sedangkan, soal jodoh bukan sesuatu yang kita tetapkan. Sebaliknya, Islam mengajarkan kasih sayang, toleransi dan menggalakkan umatnya menjaga perasaan sesama insan.

7. ‘Rela’ dan Sanggup ‘Warisi’ Barang Abang & Kakak

Bukanlah nak berkira sangat, tapi anak bongsu selalu di‘waris’kan barangan milik abang dan kakaknya walaupun mereka tidak menyukainya. Contoh yang selalu dilihat adalah pakaian. Semasa kecil mungkin ramai yang tak kisah kerana masih belum pandai berfesyen. Tapi, bila umur dah mula meningkat, masing-masing mempunyai citarasa sendiri dan tak mahu ‘dibayangi’ oleh identiti kakak atau abang mereka. Yang murah pun tak mengapa, asalkan dapat pilih sendiri. Seronok juga kalau dapat barang baru sekali-sekala, bukan?

Apa Kata Psikologi?

Tahukah anda, terdapat banyak kajian sains dan psikologi yang telah dibincangkan tentang personaliti dan kelebihan anak bongsu. Walaupun ia turut bergantung kepada latar belakang keluarga dan persekitaran, mereka menemui beberapa corak yang serupa dalam personaliti anak bongsu.

Alfred Adler, seorang ahli psikologi terkenal menyimpulkan bahawa kebanyakannya mereka mempunyai karakter seperti ini:

Bijak bersosial
Kreatif
Terbiasa mengharapkan pertolongan orang lain
Suka mengambil risiko
Jika dibandingkan dengan anak sulung, mereka juga mungkin kurang ‘menyinar’ dari segi akademik. Namun, mereka biasanya memiliki ‘magnet’ tarikan semulajadi dan selesa menjadi perhatian ramai. Menurut fakta yang dinyatakan oleh laman web Families.com, tidak hairanlah kebanyakan pelakon, penyanyi, dan penghibur kebanyakannya terdiri daripada anak bongsu.

Kelebihan Anak Bongsu Sebagai Penyeri

Suka atau tidak, adik bongsu inilah yang menjadi penyeri dalam keluarga. Merekalah yang selalu menceriakan dan menaikkan ‘mood’ dalam setiap keadaan, bukan? Pada masa yang sama, si bongsu inilah yang menjaga Mak Ayah bila abang dan kakak sudah berkeluarga dan sibuk dengan urusan sendiri. Sebagai ibu bapa, janganlah terlalu ‘melindungi’ anak bongsu seumur hidup mereka. Raikan pendapat mereka dan cuba pelajari perkara baru daripada mereka agar mereka juga rasa didengari serta mampu bertanggungjawab ke atas diri sendiri dan seluruh keluarga.

Hmm untungnya menjadi anak yang bongsu kan…

Diolah oleh AlamFana.com dan yang diambil dari pelbagai sumber

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

7 + 3 =

error: Content is protected !!