Kalau Selalu Lupa Park Kereta Di Mana, Install Aplikasi Ini Akan Senangkan Kerja Korang

“Aku park tadi di mana eh. “Level berapa? Tadi rasa warna biru, nie merah.

Haha, mesti ramaikan keliru parking dekat mana terutama di pusat beli belah yang luas kawasan parking seperti Mid Valley, Sunway Pyramid, KLCC dan banyak lagi.

Paling ketara hal lupa parking ni biasanya melibatkan gadis-gadis yang keliru di level berapa mereka letakkan kenderaan. Masa tu gerenti gelabah dan penat sebab pusing banyak kali.

Peningkan cari parking terutama yang luas kawasannya. Kena pandu pada warna tiang dan sebagainya untuk mudah mencari. Gambar hiasan.

Nah, lepas nie kalau rasa korang asyik terlupa park di mana, gunalah aplikasi Google Map ini ya. Bagi pengguna Android dan iOS semuanya boleh gunakan aplikasi ini dengan mudah.

Langkah yang korang perlu buat, on kan GPS.

Kemudian langkah seterusnya untuk aktivate klik pada save your parking.

Buka saja Google Maps itu dan korang cuma perlu tekan pada “blue dot” saja. Akan keluar beberapa senarai tapi korang cuma perlu klik di “Save your parking”. Pada peta itu menunjukkan yang korang parking di mana. Yang bestnya korang boleh tulis nota dan arah menuju ke kereta. Nak savekan image pun boleh. Itu lagi selamatkan.

Tekan seperti arahan, letak blue dot nanti akan nampak tulisan set as parking. Jangan lupa tulis some thing dan letak gambar. Lagi mudah korang nak jumpa kereta nanti.

Bagi pengguna iOS, buat yang sama juga di mana arahannya adalah sama seperti android. Jadi tak adalah masalah korang terlupa parking di mana dan perlu berpusing-pusing mencari pekerjaan. Nanti tolong ajarkan pada mak-mak korang yang mungkin sesekali terlupa dia parking di mana ya.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

− 1 = 5