Tips

Kabinet Dapur Jadi Sarang Lipas Terus Buat Semua Ni Untuk Pastikan Lipas Dihalau Segera

Biasanya kabinet dapur menjadi tempat penyimpanan barang-barang dan perkakasan dapur. Namun apa yang merungsingkan, sering kali juga apabila kita membuka pintu kabinet untuk mencapai barang-barang atau perkakasan dapur tersebut, pasti akan ada lipas merayap. Keadaan ini memang sukar untuk dielakkan.

Namun jika dibiarkan, membimbangkan kita pula takut menjadi sarang untuk lipas membiak. Untuk itu, ikuti beberapa petua ini untuk pastikan lipas dapat dihalau.

SABUN MANDI

Ambil sebuku sabun mandi dan potong kecil. Letak dekat kawasan yang banyak lipas.

PELAGA

Biji pelaga juga berkesan. Korang ambil beberapa biji pelage dan letak di kawasan lipas membiak.

LEMON

Buah lemon? Ya, lemon juga petua untuk menghalau lipas. Caranya senang, ambil sebiji lemon dan hiris. kemudian letak di kawasan lipas selalu muncul.

TIMUN

Ada juga yang mengatakan, bila diletakkan hirisan bahagian hujung timun atau pangkalnya akan membuatkan lipas hilang nyawa? Kalau tak percaya, cuba letak di kawasan yang banyak lipas.

UBI KENTANG

Ambil kentang dan rebus sampai masak. Kemudian lenyekkan dan campur serbuk penaik, gaul sebati. Jadikan adunan itu berbentuk bulat dan letak di kawasan yang ada lipas.

DAUN PANDAN

Daun pandan harus dihiris terlebih dahulu dan letak dalam uncang , jangan lupa untuk tebuk uncang tersebut. Atau pun masukkan sahaja di dalam bekas dan letakkan di dalam kabinet. Bukan sahaja lipas tiada malah kabinet berbau harum semerbak.

CARA MUDAH MENANGKAP LIPAS (D.I.Y)

JVC

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

+ 47 = 49