Umum

Jenis Suami yang Isteri Suka

 

Jenis Suami Yang Biasanya Orang Isteri Suka.
 
a. SUAMI YANG PRIHATIN – Mendengar dengan teliti apa yang ISTERI cakap. Bukan masuk telinga kiri, keluar telinga kanan.
 

b. SUAMI YANG MENJADI PENAWAR – Rajin dan pandai memberikan kata-kata keramat untuk jadi penawar hati ISTERI. Walaupun kurang rupa, tidak mengapa. Yang penting ISTERI sentiasa menghadapi kemungkinan untuk ditimpa sakit, dari sakit mata sampai sakit jiwa raga. Oleh itu hatinya amat perlu dijaga. Kata-kata manis lagi betul susunan nahunya yang datang dari mulut lelaki, akan menjadi penawar segala bisa.

c. SUAMI YANG MEMBERI KEBEBASAN SEWAJARNYA – Kebebasan itu bukan kebebasan yang melanggar batas-batas hukum, tapi memberi kebebasan yang berupa hak.

d. SUAMI YANG BERHATI-HATI – Iaitu berhati-hati dan tidak mudah-mudah saja untuk mengeluarkan kritikan terutama tentang masakan orang ISTERI . ISTERI kalau memasak, mereka bukanlah memasak untuk dikritik atau dikomen. Jadi, biarkanlah mereka sendiri yang mengaku makanan itu tak sedap.

e. SUAMI YANG WANGI – Ini adalah seimbang dengan fitrah kaum ISTERI yang memang dicipta sebagai makhluk yang cenderung kepada kecantikan dan kebersihan. Oleh itu, kaum SUAMI wajar memberi perhatian akan perkara ini. Jagalah fizikal anda dan jangan selekeh.


www.panduansuamisteri.blogspot.com

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

1 + 4 =