Umum

Sen-sen Pun Dikira, Jangan Biar Pasangan Robek Bank Korang. Kedekutkah Lelaki Ini?

Adat berkasih perlu ada sifat tolak ansur terutama jika ‘berdating’. Jika tidak, pasti ada yang akan berasa hati, seterusnya menjurus kepada perpisahan.

Terbaru, kecoh di laman Twitter apabila seorang pengguna memuat naik ‘buku kira-kira dating’ bagi yang belum bekerja.

Jangan biar pasangan MEROBEK bank korang

Izzat turut memuat naik beberapa gambar seperti resit sebagai bukti serta senarai perbelanjaan dilakukan dia dan pasangan dikenali sebagai Nadi.

Alamak, detail betul senarai kira-kiranya! Bagaimanapun, akibat tindakannya itu ramai menyifatkan Izzat sebagai seorang yang kedekut.

Siap sen-sen pun dikira!

“Tak perlu sampa buat buku kira-kira, lepas tu muat naik ke Twitter,”komen netizen.

Mungkin, masing-masing ada cara tersendiri untuk memantau dan mengurus kewangan mereka bagi mengelak daripada ‘lari bajet’. Namun, kekasihnya tidak berasa hatikah apabila teman lelaki memaparkannya untuk tatapan umum?

GF tak segan ke?

 

Bagaimanapun, berdasarkan ruangan komen, seorang pengguna dipercayai teman kepada Izzat dan Nadi mendakwa pasangan itu selesa dengan pendekatan demikian.

“Benda mudah, Ijat dengan Nadi pun rilek je,”komennya yang meluat dengan kecaman orang ramai.

Kecaman demi kecaman menyebabkan Izzat memadam akaunnya.

Namun, ramai juga memihak kepada Izzat dan bersetuju dengan pendekatannya itu.

Kalau putus, tak adalah ungkit-mengungkit


Setiap orang memiliki cara tersendiri dalam mengurus perbelanjaan mereka. Terserah pada penerimaan masing-masing. Tapi bagi golongan pelajar rasanya tidak perlu lah berbelanja pada sesuatu yang diluar kemampuan, betul tak?Selain dari pasangan yang dikategorikan kedekut korang mesti ada juga kawan yang kedekut macam video kat bawah ni kan?

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

error: Content is protected !!