Tips IbuBapa

Jangan Berlebih-Lebihan Marah Anak, Cuba 4 Tip Ni Untuk Elak Marah Terlampau

Kepenatan bekerja seharian ditambah dengan urusan rumah tangga, suami dan anak-anak adakalanya buat ibu hilang sabar. Hilang kawalan diri bila anak-anak mula buat perangai.

Marah, tengking dan kemudian menangis dengan perbuatan sendiri. Itulah kesalan rasa, hati seorang ibu. Gagal mengawal kemarahan, itulah yang tidak mampu dilakukan oleh ibu-ibu.

Perkongsian tip oleh Ibu Rose – Mesejnya Kasih ini sepatutunya menjadi penyejuk dan penguat semangat untuk terus menjadi ibu cemerlang. Belajar untuk kawal kemarahan. Itu yang sebaiknya. Ikuti tip perkongsian pakar keibubapaan ini.
Penting buat kita.

NAK SANGAT BERHENTI MARAH-MARAH NI… ANAK BUKANNYA SEMAKIN BAIK. SEMAKIN TERUK PERANGAI MEREKA ADALAH. DAH TAK SANGGUP STRES MEMANJANG DAH. NAK JADI PENYABAR DAN TENANG, BOLEH KAN? MACAMMANA?

Keluhan ini biasa Ibu terima di dalam inbox Ibu. Ramai yang mahu sabar tapi tak yakin boleh buat. Itu sebab Ibu nak beri sesuatu di sini. Biasa dalam keadaan kita letih, penat. Benda yang kecil akan jadi besar. Yang selalu jadi tempias adalah anak-anak. Apatah lagi anak-anak yang masih kecil.

Mereka tak tahu dan tak faham apa yang kita lalui sepanjang hari. But sometimes, entah mengapa, walaupun hanya segelas air yang anak tertumpah dengan tidak sengaja, kita terus marah tanpa fikirkan kesan dan akibatnya. Padahal terrr-tumpah je pun, tak sengaja!

Kita marah tu pulak, bukan marah sebab air tumpah je, siap dengan kata maki, mengungkit-ngungkit, kata anak bodoh, menyusahkan orang je, degil etc. Allah, nak tulis sini pun tak mampu. Sedih dan kesian pada anak itu.

Dan kita bawa tenaga marah itu sepanjang hari. Agak-agak apa anak rasa dalam hati?

Aku menyusahkan orang
Aku bodoh
Aku degil
Dan….Aku tak penting untuk mama!

Dalam hati dia dah mula bina system beliefnya sendiri. Walaupun dia masih kecil. Sebab anak kecil, bahagian otak unconscious mindnya lebih besar dari otak conscious mind. Apa yang dia hadapi sepanjang masa itu, apa yang dia nampak, dengar, dia akan serap dan simpan.

Dan no wonder lah, bila saat umur dia semakin besar, 5,6, 7 tahun, nak masuk sekolah, secara tiba-tiba, dia pandai marah orang. Pandai lawan kata. Pandai cakap kasar. Pandai pukul kita balik.

Pastu kita marah dia lagi, kata pulak dia degil, bengis, jahat. Lagi bertambah system belief tentang dirinya yang dia adalah seorang anak yang degil, bengis dan jahat.

Masuk remaja, jadi remaja liar. Masuk dewasa, jadi dewasa kejam. Masuk usia emas, jadi orang tua yang bengis. Begitulah pengalaman usianya dari tahun ke tahun. Kita yang bina system beliefnya itu dari kecil. Akhirnya nak menyesal? Dah terlambat!

Kita tak pernah tanya pada diri sendiri. Apa yang aku buat sehingga anak bertindak begini teruk? Yang kita selalu fikir, mana dia belajar ni? Ini dah tentu sikap dia semulajadi.

Allah..sayang, anak-anak dilahirkan secara fitrah. Tiada cacat cela. Suci. Ibarat kain putih. Dosa pun takda. Kita yang mencorakkan kain putih itu. Lupa ya?

Sebab apa kita lupa? Sebab kita ego. Tak perlu nak belajar cara parenting ni semua, kita dah pandai sendiri bila anak dah ada. Kita ikut je cara didikan mak ayah kita masa kita kecil dulu.

Sedangkan deep inside your heart, you know, you are more hurt sebab semua pengalaman kenangan didikan masa itu tapi you tak tahu, tak sedar ia memakan diri kita bertahun-tahun lamanya. Dan itu yang menjadikan you sekarang. Mudah marah, mudah naik tangan, mudah memaki mencela tanpa usul periksa. Dan mangsanya sekarang adalah anak kecil itu yang tak tahu apa-apa.

Sekarang sayang ada dua pilihan. Nak teruskan dengan cara didikan lama yangg diwarisi bertahun-tahun tapi kesannya sangat perit ATAU nak berubah demi anak tersayang, taknak dia lalui benda yang sama?

Nak anak membesar dengan suasana yang gembira, berkeyakinan tinggi, berpotensi menjadi diri sendiri dan seterusnya berjaya dunia akhirat dengan hati yang bersih?

Pilihan di tangan anda. Untuk berjaya dan nak dapatkan yang terbaik dalam apa-apa kita buat, kita perlu ada ASK.

Attitude – Skill – Knowledge ie Sikap – Kemahiran – Ilmu yang betul.

4 TIP MUTIARA

Jadi di sini Ibu nak kongsi sedikit 4 TIPS MUTIARA untuk masalah mudah marah ni:

1 – I Make a Difference in This World
Pertama dan yang penting sekali, adalah diri sayang. Sayang kene betul-betul sedar, rasa dan menerima bahawa kita sangat penting untuk dunia ini dan anak-anak. Sayang boleh bawa perbezaan kepada dunia ini. Selalu sematkan dalam hati
“I make a difference in this world”. “Saya sangat berharga”. “Dan saya nak menjadi ibu yang terbaik pada anak-anak saya”. Ini perkara pertama sayang kena buat dulu.

2 – Maafkan Ibu Bapa Kita
Segala apa yang sayang lalui semasa kecil bersama ibu bapa sayang. Sayang maafkan mereka dengan sepenuh hati. Lepaskan segala emosi yang terpendam itu. Lepaskan..supaya tiada sisa lagi. Sisa-sisa ini lah yang mencetus emosi marah itu,
marah tak semena, salah pada tempat dan masa.

Selepas itu, sayang maafkan diri sayang juga. Yang dah berlalu berlaku tu, lepaskan. Tiada gunanya lagi kan? Yang kita perlu fikirkan apa yang perlu aku buat untuk ubah keadaan menjadi lebih baik.

Jadi bila segala kemaafan ini kita luahkan dengan seikhlas hati, baru lah hati perasaan kita menjadi tenang dan dapat terima perkara yang baru. Menerima seadaanya apa yang berlaku. Dan mampu melakukan yang terbaik.

3- Upgrade Ilmu dan Faham Perkembangan Anak-anak
Bila fikiran hati dah selesai, seterusnya bersedia untuk upgrade ilmu ini sangat penting. Segala yang kita lakukan biarlah berasaskan ilmu yang betul. Bagaimana nak kawal marah? Mudah je. Pemahaman tentang perkembangan anak sangat penting. Contoh: Anak 2 tahun suka baling barang. Kita marah macam mana sekalipun, sama je. Kenapa?

Tahukah sayang, anak 2 tahun ada satu fasa iaitu fasa individualizing. Fasa ini mereka hanya nampak diri mereka sahaja. Sebab mereka baru nak faham dunia. Jika kita faham fasa ini, mudah je untuk kita kawal mereka dengan cara tertentu mengikut kondisi anak itu. Tapi tak ramai yang tahu kan? Inilah ilmu perkembangan anak-anak yang penting untuk kita belajar.

4 – Tahu dan Terima Perangai Buruk Anak dari Diri Sendiri.
Kesedaran ini sangat penting sebab hanya dengan kesedaran ini, kita akan lebih tekad berusaha untuk menjadi lebih baik. Kita akan cari ilmu untuk faham anak-anak. Tanpa banyak alasan, persoalan. Sebab yakin hanya dengan ilmu dan kefahaman sahaja akan menyelesaikan semuanya.

Mulakan dengan diri sendiri. Semuanya akan berubah seiringan. InsyaAllah.

Kredit: Ibu Rose – Mesejnya Kasih

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

9 + 1 =

error: Content is protected !!