Isteri sebak mendengar pengakuan suami, setelah terlihat banyak tin di dalam kereta.

Lepas setahun kahwin,aku disahkan mengandung dan mengalami alahan teruk. Terpaksa berhenti kerja. Gaji suami selau tak cukup, tapi pelik , dia tak pernah menghampakan aku bila mengidam. Satu hari terjumpa tin tin kosong kat belakang kereta. Bila di tanya, jawapan dia buat aku sebak. Saya dan suami berkenalan dari zaman sekolah lagi sekarang dah 10 tahun kenal dia dan kami telah berkahwin hampir 2 tahun.

Di sini saya ingin bercerita tentang kesusahan yang kami harungi sebagai suami isteri. Pada awalnya kami masing masing bekerja. Hanya kerja biasa, kalau disatukan gaji kami berdua tak smpai 3K pun. Duit itu lah kami beli segala keperluan kami. Segala bil akan dibayar dahulu dan selebihnya dihulurkan untuk orang tua kami, tinggallah beberapa ratus untuk keperluan makan kami berdua.

2 bulan kami berkahwin masih lagi tiada tanda saya mengandung, orang pun dah mula tanya. saya fikir mungkin belum tiba masanya lagi untuk saya mengandung dengan ekonomi kami yang tidak seberapa. Tapi suami selalu pesan “Percaya pada rezeki Allah”. Dan saya terus diuji dengan kehilangan orang tua yang saya cintai.

Saya tidak ada sesiapa lagi selain suami. Dialah tempat bermanja, dialah tempat mengadu. Alhamdulillah, Setahun lebih kami berkahwin saya disahkan mengandung dengan kebenaran suami saya mengambil keputusan untuk berhenti kerja kerana mengalami alahan yang teruk. Bermulalah episod dimana kami terpaksa menyekat segala keperluan dan kehendak kami untuk cukupkan sampai ke akhir bulan.

Lepas bayar segala bil, duit yang ada dalam tangan kami hanya tinggal dalam 3-4 ratus sahaja. itu lah duit untuk isi minyak kereta, itu lah duit untuk makan kami smpai hujung bulan. Tentang nafkah seorang isteri, saya tak ambil kira itu semua yang penting kami sama sama dapat makan. Dapat survive sampai hujung bulan pun dah memadai.

Kalau masak, saya akan catu lauk supaya tak terbazir. Kalau beli ayam seekor, saya mintak potong 20. Satu hari masak 4 ketul sahaja boleh tahan sampai 4-5 hari untuk seekor ayam. Suami saya sangat penyabar. dia selalu tolong saya buat kerja rumah, basuh baju, sapu lantai, sebelum keluar kerja dia akan masakkan dulu untuk saya.

Setelah 4 bulan mengandung, saya mula mendapat kekuatan untuk menjalankan tugas tugas harian di rumah dengan ekonomi kami yang tak berapa elok, saya ambil upah buat macam2 kerja untuk bantu suami dan tunaikan keinginan saya yang mula mengidam tapi tak lama sebab saya mengalami alahan semula, segala tulang dan sendi mula sakit.

mula tak larat macam mula mengandung dulu. Suami saya kata ‘tak apa, abang akan usaha untuk tunaikan permintaan sayang kalau sayang teringin nak makan apa’. tapi saya cuba pendam, saya tak beritahu dia pun kalau saya teringin nak makan apa cuma kadang je mulut ni lincah sangat terlepas juga lah. Saya cakap, kalau abang tak ada duit tak apa.

Sayang ok boleh tahan keinginan ni walaupun sebenarnya tak tertahan pun. wanita mengandung yang mengidam je akan tahu perasaan macam ni. Walaupun lambat, suami akan usaha juga tunaikan permintaan saya walaupun dia sendiri pun ada keinginan dia akan dahulukan permintaan saya berbanding dirinya.

kadang² di tempat kerja dia langsung tak makan sebab nak berjimat. kadang dia beli kuih dan cucur je sebagai makan tengah hari. Start tahu macam tu, saya mula bekalkan makanan untuk suami. Walaupun hanya nasi kosong, kadang saya buat nasi goreng kalau tak ada lauk. Asalkan suami tak kelaparan di tempat kerja.

Kadang suami bawak balik makanan sedap time dah hujung bulan. saya pelik, suami cakap duit dah nak habis. tinggal beberapa puluh je untuk duit minyak kereta. Tiba dia bawa balik makanan yang saya hajatkan. bila saya tanya mana dapat duit, dia cuma jawab ‘abang buat partime’. jadi saya tahu lahh suami tak nak bercerita dengan lebih lanjut tentang mana dia dapat duit lebih.

Sehinggalah saya terperasan dalam kereta ade beberapa tin minuman kosong dalam plastik di kerusi belakang. bila saya tanya dia jawab saje kumpul. lama kelamaan baru saya tahu rupa rupanya suami kumpul tin kosong dan kotak terpakai untuk dijual. duit hasil jualan itu lah dia simpan untuk tunaikan keinginan saya.

Saya rasa bersalah, saya rasa terharu.. saya menangis mengenangkan usaha suami untuk saya, suami cakap itu tanggungjawab dia.. jangan rasa bersalah.. ‘untuk sayang dan anak kita yang selama ini kita tunggu abang akan buat apa je..’ Lagi beberapa bulan dah nak bersalin, segala keperluan untuk menyambut kelahiran anak kami beli sikit.

bulan ini baju dua helai, bulan depan 2 helai lagi. Kadang bila tengok tv sama, suami akan renung saya tiba.. bila saya tanye kenapa dia hanya tersenyum lepastu dia cakap “terima kasih sayang dah hidup dengan abang, maaf kalau sayang susah hidup dengan abang”. haaa mula lahh suami isteri ni berdrama kan.. lagi isterinya ni kalau tak mengalirkn air mata memang tak sah..

Dia selalu yakinkan saya, rezeki Allah tu ada di mana.. cepat atau lambat pasti akan ada.. Allah dah rancang segalanya.. Kami tak dapat hidup senang macam orang lain.. tapi insyaAllah mungkin suatu hari nanti kami diberi rezeki yang tak terduga oleh Allah. Minta doa kalian supaya kami dilimpahkan rezeki untuk menyambut kehadiran cahaya mata sulung kami ini dan doakan saya supaya dilancarkan urusan bersalin nanti ya. Amin.. Maaf kalau penceritaan dan ayat saya tunggang langgang dan susah untuk difahami.

Sumber: kisahjalanan

Disebabkan isteri selalu merungut kekurangan duit, suami sanggup keluar berniaga petai

Nama aku Tisya. Umur 26 tahun. Aku sudah berkahwin dan mempunyai seorang anak perempuan. Sebelum berumahtangga, aku bekerja di salah sebuah restoran terkenal di Singapura. Gaji aku ketika itu sangat muai. Dalam sebulan, gaji aku hampir mencecah sehingga RM3000. Kalau bekerja di Malaysia, belum tentu aku mampu untuk mendapat gaji sebanyak itu dengan hanya bekerja di restoran.

Dengan gaji sebanyak itu, aku rasa seronok berbelanja tanpa had. Kereta, barang-barang rumah, barang peribadi, bercuti sana sini, duit aku habis untuk semua perbelanjaan itu. Tak lupa juga, aku hulurkan beberapa persen dari gaji aku untuk diberikan kepada orang tua aku. Pun begitu, aku tak pernah meminta sesen pun dari orang tua aku.

Semua aku usaha atas titik peluh aku sendiri. Aku berkahwin pada umur aku 24 tahun. Pada ketika itu, aku mengenali suami hanya sebulan lebih sahaja. Kemudian, kami terus merancang untuk mendirikan rumahtangga sementelah masing-masing merasakan sudah yakin dan bersedia untuk melangkah ke alam itu.

Berkenalan pada penghujung bulan Disember 2013, bertunang pada Februari 2014 dan seterusnya mengikat tali perkahwinan pada bulan April 2014. Aku bahagia dengan suami. Sehingga kini pun, aku merasa bahagia dengan perkahwinan ini. Namun, yang amat aku kesal adalah perbuatan aku sendiri. Setelah beberapa bulan aku mendirikan rumahtangga, kami dikurniakan zuriat yang comel.

Dipendekkan cerita, aku mula merasakan tidak cukup dengan apa yang aku ada. Aku bekerja dengan bapa mertua. Begitu juga suamiku. Walaupun kami berdua bekerja, namun gaji sebulan kami berdua setelah dicampur bersama, sama banyak dengan gaji aku seorang ketika bekerja di Singapura dahulu.

Kali ini, dengan gaji yang sebanyak itu, aku perlu berkongsi dengan suami dan anak. Aku mula kusut. Bagi aku, segalanya tidak cukup. Mahu membeli apa yang aku hajati juga sangat susah, lantaran mahu memenuhi dahulu keperluan kami tiga beranak seperti bayaran bil air dan elektrik,duit ansuran dan minyak kereta, belanja dapur, pampers anak, belanja untuk orang tua, duit kutu dan bermacam lagi.

Aku sering mengeluh. Suami aku memujuk aku supaya bersabar. kadang-kadang aku terpujuk, kadang-kadang tidak. Aku langsung tak mahu ambil kisah tentang perasaan suami aku. Yang aku tahu, segalanya perlu serba cukup. Melihat perangai aku yang mula mencari salah suami, dia mula bekerja sambilan pada waktu malam.

Dia meniaga buku-buku yang diambil dari kedai ayah mertuaku dan mendapat sedikit komisen hasil dari jualan tersebut. Dia selalu berniaga di tapak Bazaar Karat, JB. Ikut nasib juga. Kalau bernasib baik, ada tapak kosong, dapatlah dia berniaga malam itu. Kalau tapak penuh, dia pulang dengan tangan kosong.

Begitu juga cuaca. Kalau hujan, tak dapat juga berniaga. Bila keadaan berterusan macam itu, aku kembali dengan perangai aku yang asyik kusut memikirkan soal duit. Itu tak cukup, ini tak cukup. Suami aku kata, sabar sayang. Aku hanya mampu diam dan meneruskan kehidupan macam biasa.

Beberapa hari berlalu dan aku perasan sesuatu. Suami aku kerap keluar malam. Boleh dikatakan hari-hari dia keluar. Bila aku tanya, mahu ke mana, mahu berniagalah, katanya. Aku kepelikkan sendiri. Yalah, biasanya dia meniaga berselang hari. Kalau hari ini berniaga, esok mungkin tidak kerana tapak penuh.

Namun, tak pula aku melanjutkan sebarang pertanyaan kepada suami. Aku berasa lega kerana suami kerap menghulurkan wang belanja kepadaku. Dengan wang itu, aku boleh menabung sedikit untuk keperluan akan datang dan membeli apa-apa barangan yang aku suka. Aku gembira kerana suami sudah mendapat tapak meniaga yang tetap di Bazaar Karat.

Pada suatu hari, aku keluar berjalan-jalan dengan seorang kawan. Suami tak mahu turut serta kerana mahu berniaga katanya. Aku hanya mengiyakan saja. Selepas waktu maghrib, aku dan kawanku singgah makan steamboat di Dataran JB. Sedang asyik aku berbual dengan kawanku, mataku tertancap pada satu susuk tubuh yang amat aku kenali.

Aku lihat di tangan kirinya sedang menggendong satu guni berwarna putih jernih. Didalamnya penuh dengan petai. Manakala tangan kanan sedang memegang beberapa ikat petai sambil dia sedang berbual dengan salah seorang pelanggan di situ. Dia bergerak dari satu meja ke meja yang lain sambil menjaja petai yang dibawanya.

Dia itu, suami aku. Ya Allah! Rupa-rupanya, lewat kebelakangan ini, suami aku menghulurkan wang belanja padaku hasil dari menjaja petai di kedai-kedai makan. Berjalan ke sana-sini tanpa berhenti. Peluh menitik di dahi dan pipi, baju hampir basah bermandikan peluh. Dia berjalan sendiri. Tiada kawan atau siapapun yang menemani.

Termasuk juga aku. Suami bersengkang mata, berpeluh tubuh, bersusah payah mencari rezeki untuk aku dan anak. Tapi aku langsung tidak menghargai, malah terus-terusan memaksa suami untuk mempercukupkan segala keperluan dan kehendakku. Apa yang telah aku buat ini? Berdosanya aku memperlakukan suamiku begini.

Aku menjadi sombong kerana membandingkan apa yang aku pernah ada dengan apa yang mampu suami berikan kepada keluarga. Duhai suami, maafkan aku. Aku melakukan dosa tanpa aku sedar. Aku sepatutnya mengurangi beban dibahumu, tapi aku makin memberatkanmu.

Tanpa berfikir panjang, aku terus berlari kearah suami. Suami terkejut dengan keberadaan aku di situ. Aku pegang tangan suami sambil aku senyum padanya. Aku minta maaf pada suami. Suami berkerut dahi, namun jarinya menyeka lembut airmataku.

Aku mengajak suami duduk makan bersama kawanku. Selepas makan, kawan aku meminta diri untuk pulang sendiri. Dan aku menemani suamiku menjaja petai di jalanan. Alhamdulillah, malam itu semua petai habis dijual. Suamiku tersenyum gembira. Katanya, itu berkat redha seorang isteri juga. Duhai suami. Terima kasih. Moga Allah sentiasa meredhaimu sayang.

Sumber : ekisah

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

+ 87 = 88