Petua suami isteri

Isteri Jangan Rasa Bers4lah Untuk Minta Tolong Suami Bantu Buat Kerja Rumah

Mungkin disebabkan keegoan lelaki atau rasa bers4lah untuk meminta suami membuat itu ini, si isteri tetap setia melakukan segala kerja rumah hingga mengorbankan segala masa dan tenaganya. Sesekali bila disuruh dikatanya pula kita ni membebel. Inilah dilema yang selalu dirasai oleh kebanyakan wanita bergelar isteri.

5 SEBAB JANGAN RASA BERS4LAH MINTA SUAMI BUAT KERJA RUMAH

1. BEBAN KERJA RUMAH TAK PERNAH HABIS

Realiti pertama yang perlu dihadam oleh suami adalah betapa banyaknya kerja rumah dan ia takkan pernah habis. Tak ada istilah ‘cuti’ untuk isteri, lebih-lebih lagi yang dah bergelar ibu.

Malah, kalau anda perasan, kebanyakan kerja rumah ini seakan-akan ‘invisible’ – contohnya mengemas, memasak, mencuci, dan menghantar anak ke sekolah. Kalau kita buat orang tak nampak, tapi kalau kita tak buat, barulah semua orang dalam rumah akan rasa perbezaannya.

2. SUAMI PERLU BELAJAR UNTUK LEBIH MEMAHAMI

Apabila suami belajar menguruskan anak dan kerja rumah, sedikit sebanyak mereka dapat lebih memahami kesusahan serta kepayahan isteri.

Jika tidak, mungkin ada yang masih berfikiran kolot dan beranggapan bahawa isterilah yang sepatutnya menyiapkan semua kerja rumah. Lebih menyedihkan, isteri yang menjadi surirumah langsung tak dihargai dan diperli asyik ‘goyang kaki’ semata-mata kerana mengharapkan nafkah dari suami.

3. MENGUKUHKAN RUMAH TANGGA

Dalam hasil penyelidikan baru-baru ini, kajian mendapati bahawa penglibatan suami terhadap kerja rumah dan penjagaan anak-anak mampu mengukuhkan rumah tangga. Ia juga terbukti membantu mengurangkan kes penceraian selain menjadi tunggak kepada kestabilan emosi kedua-dua pasangan.

4. SUAMI ADALAH ROLE MODEL KEPADA ANAK-ANAK

Seorang ketua keluarga yang baik tentu sekali tidak akan mengambil kesempatan terhadap ahli atau anak-anak buahnya. Mereka amanah dalam memegang tanggungjawab terpenting dalam rumah tangga. Mereka memastikan kesemua ahlinya berasa gembira, selamat, dan terjamin. Mereka bijak mendelegasikan tugas, menyumbang, dan tidak sekadar mengarah, Tapi kalau hal menguruskan diri sendiri pun asyik harapkan isteri, bagaimana anak mahu mencontohi kepimpinan mereka?

5. ANAK-ANAK WILL WATCH AND LEARN! 

Jangan ingat anak-anak tak faham apa-apa walaupun mereka masih kecil. Percayalah, mereka lebih mudah mengikut apa yang kita buat berbanding apa yang kita bebelkan setiap hari. Dengan melihat kerjasama antara ibu dan ayah mereka, pastinya anak-anak akan membesar dengan sifat toleransi, berdikari, dan empati yang tinggi.

Ada juga suami yang mahu menolong tetapi tak tahu nak mulakan dari mana. Bantulah mereka. Fahamkan mereka. Berbincanglah elok-elok. Bila suami dah tolong, sebaiknya hargailah usaha mereka. Walaupun awal-awal tak perfect mana, itulah juga bukti kecintaan mereka kepada anda!

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

+ 46 = 53