Isteri disentuh suami, puncanya sebab suami marah ada kawan lelaki zaman sekolah komen dekat post fb isteri.

Assalamualaikum min. first time mengadu kat sini. sebab aku dah tak tau nak luah pada siapa. nak post di fb takut mengaibkan sebab orang tau aku sape. nak cerita pada seseorang aku tak nak. Tak nak menyusahkan dan mengaibkan suami aku. Semalam aku disakiti pada bahagian muka, kepala dan dipinggul berkali-kali. Puncanya sebab dia marah ada kawan lelaki zaman sekolah komen kat post fb aku. Aku pun tak tau tu salah atau tak. Bangun pagi ni semua dah sakit2. aku terpikir nak buat laporan memandangkan ni bukan kali pertama aku kena macam tu. Cuma aku takut. Bila kami berpisah dia akan ambik semua anak2 aku. Oh ya. aku ada 3 orang anak.

Masa dia kantoi ada skandal kat socmed masa kitorang pjj aku tak pernah marah. Aku maafkan dia sebab aku dah lali dengan semua tu. Benda berkali2 jadi. Bukan sorang. 2,3 orang jugak. Masa dia balik jumpa aku dia uninstall socmed tu. aku sebagai isteri tak sedap hati aku install kat fon dia semula masa dia pergi solat jumaat. Aku pakar jugak bab2 nak cari password ni. So dapatlah aku bukak dan tengok. Kitorang berbalah sekejap je. Aku maafkan dia. dia berulang2 kali mintak maaf. Done yang tu. Tapi bila jadi kat aku. Benda terang2 boleh tengok. bukan aku mesej sembunyi2 dengan budak laki yang komen post aku tu. Public sebab aku berniaga online. Balik ke cerita asal. Harini dia mintak maaf kat aku sebab sentuh aku. Aku rasa tawar hati min. Airmata tak nak keluar dah. Tapi ada sebab jugak. Nanti la aku cerita lagi ya. thank u min.

Sumber: kisahrumahtangga

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

2 + 7 =