Pakar Jelaskan Kenapa Ikatan Ponytail Boleh Jadi Punca Sakit Kepala

Betul ke ponytail atau ikatan ekor kuda boleh menyebabkan sakit kepala? Perkara ini menjadi perbualan selepas ikon ponytail Ariana Grande sendiri berkongsi pengalaman dia juga mengalami sakit kepala kerana kekerapan mengikat ponytail.

Ariana menjawab tweet yang ditujukan kepadanya dari Camila Cabello yang merungut betapa ponytail sangat payah dan menyusahkan, malah mengagumi Ariana yang seharian boleh mengikat ponytail. Tapi siapa sangka Ariana sanggup tahan kesakitan semata-mata mahu mengekalkan imej dan nampak cantik di depan kamera.

Adakah betul ponytail boleh mencetuskan sakit kepala yang merbahaya? Dr. Denise E. Chou, pakar neurologi dan pembantu profesor neurologi di Pusat Perubatan Universiti Columbia menjelaskan bagaimana misteri ponytail boleh membunuh secara perlahan.

Sudah Terdedah Kepada Migrain

Sering kali, mereka yang mengalami sakit kepala semasa ponytail sebenarnya sudah terdedah kepada migrain. “Pesakit tidak menyedari bahawa mereka mempunyai migrain kerana ia sering tidak didiagnosis. Gangguan ini membawa kepada hipersensitiviti deria yang membuat saraf di sekeliling muka dan kulit kepala terlalu sensitif pada peringkat awal.

“Apabila anda mengikat ponytail, tocang atau sanggul yang ketat, ia akan menarik saraf di kulit kepala. Penarik saraf akan mengaktifkan saraf deria lebih banyak. Keadaan itu boleh menyebabkan sakit kepala atau mungkin mula menyerang. Fenomena itu dipanggil utaneous allodynia – persepsi kesakitan akibat rangsangan yang tidak menyakitkan, “ jelas Chou.

Walaupun anda tidak mengalami migrain, tetapi sesiapa sahaja boleh terdedah kepada kesakitan ponytail yang disebabkan oleh “ketegangan sistem saraf deria”.

Nasihat kami, jika anda mengalami sakit kepala berterusan setiap kali mengikat ponytail, mulakan langkah awal dengan mencegahnya.

Author: JVC

Leave a Reply