Petua

Ibu Anak 7 Ni Buat Jamu Sendiri Untuk Jaga Kesihatan, Boleh Cuba Di Rumah

Sejak akhir-akhir ini dilihat sudah ramai wanita kembali mengamalkan jamu untuk tujuan penjagaan kecantikan dan kesihatan dalaman. Jamu-jamu yang digunakan ini diperbuat daripada herba-herba terpilih yang berkualiti dan berkhasiat.

Meskipun jamu banyak dijual dipasaran, namun masih ramai juga yang lebih gemar untuk menghasilkannya sendiri. Katanya lebih puas hati di samping lebih diyakini akan penggunaan bahan-bahan herba yang dicampurkan dalam sesuatu jamu tersebut.

Hal ini juga turut dipraktiskan oleh seorang ibu yang mempunyai tujuh orang anak, menghasilkan sendiri jamu untuk diamalkan secara konsisten agar tubuh badan sihat dan bertenaga. Ikuti perkongsian ibu hebat ini.

Hari ini saya nak kongsi 1 jamu yang mudah disediakan. Bahan-bahannya pula boleh dapat dari dapur sahaja. Murah, jimat dan berkesan inshaAllah yang penting konsisten amalkannya.

Saya baru 55 hari lepas berpantang anak ke-7 dan hampir 2 tahun amalkannya sejak melahirkan anak ke-6. Alhamdulillah serasi dan sangat baik untuk wanita-wanita dalam dan selepas pantang.

Bahan-bahan:

Halia, kunyit, manjakani, bawang putih, habbatussauda, lada hitam dan halba

Langkah demi langkah :

1. Masukkan bawang putih, halba, habbatussauda dan lada hitam ke dalam periuk. Sangai seketika.

2. Pastikan bawang putih disangai lama sedikit hingga menjadi seperti ini.

3. Masukkan semua yang telah disangai ke dalam bekas.

4. Kemudian kisar bersama dengan halia, kunyit dan manjakani.

5. Sedia untuk dimakan dan selebihnya simpan di dalam bekas yang berpenutup.

Cara makan:
Pagi (before mkn) dan malam (before bed). Gentelkan bulat-bulat macam maajun sebesar saiz ibu jari.

Khasiat:
Panaskan badan ibu dalam pantang, buang angin dalam badan,kecutkan peranakan,sakit badan,kebas kaki,kempis perut,dan lain-lain.

Selamat mencuba.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

+ 23 = 30

error: Content is protected !!