Tips

Hapuskan Urat Timbul Di Kaki Dengan Menggunakan Petua Mudah Ini

Sapa pernah kena urat simpul? Min dulu selalu kena. Boleh nampak urat timbul terutamanya kat bahagian bawah betis ni.Orang yang sedang hamil biasanya pasti akan lalui keadaan ini. Disini kami kongsikan tips untuk menghapuskan urat timbul di kaki ketika hamil.

Apa itu urat simpul? Urat simpul ni kalau bahasa perubatan panggil vena varikos atau disebut varicose veins.

Kesan Urat Simpul Walaupun banyak kes biasa urat simpul ini tidak menyakitkan, tetapi ada juga kesan yang mungkin boleh didapati sekiranya urat simpul atau vena varikos ini semakin membesar. Keadaan ini boleh menyebabkan kesakitan, keletihan, keresahan, berdenyut, kebas-kebas, atau berat di kaki. Kemunculan urat membonjol juga menjadi perhatian untuk ramai orang.

Faktor Terjadinya Urat Simpul

Faktor-faktor biasa yang menyumbang kepada vena varikos adalah;

  • keturunan
  • pekerjaan yang memerlukan banyak berdiri
  • obesiti
  • penggunaan pil perancang
  • sembelit
  • perubahan hormon dalam badan semasa mengandung
  • putus haid (menopos)
  • Hilangkan Urat Simpul: Tips Mudah Dengan Bawang Putih
  • Bagi yang selalu mengalami masalah urat simpul ini, mungkin boleh mencuba petua ini. Salah satunya ialah urutan dengan minyak bawang putih;

Cara penyediaannya

  • 5-6 ulas bawang putih
  • 3 biji oren (ambil jusnya sahaja)
  • 2-3 sudu minyak zaitun
  • Bawang putih dicincang halus dan di campur bersama jus oren serta minyak zaitun. Biarkan semalaman atau sekurang-kurangnya 12 jam. Kemudian dah boleh digunakan untuk menyapu pada bahagian urat simpul dan mengurut-urutnya perlahan.

Kenapa Bawang Putih Boleh Hilangkan Urat Simpul?

ni nampak je kecik tapi khasiatnya superb sangat. Antibiotik semulajadi yang boleh membantu kesihatan seluruh badan. Kalau dari sudut kecil hilangkan urat simpul ini, bawang putih berperanan;

Pilihan 1: Belah beberapa ulas bawang putih dan tenyeh kepada urat yang mula timbul. Amalkan selalu.

Pilihan 2: Campurkan sebuku ragi, sedikit air limau nipis dan air, hingga sebati. Sapukan pada urat yang timbul pada setiap malam. Apabila tidur letakkan kaki di atas bantal.

Pilihan 3: Campur sedikit asam jawa dan air sehingga pekat. Sapukan pada kaki setiap malam. Tinggikan kaki sedikit ketika tidur.

Pilihan 4: Rebus kacang hijau, minum airnya setiap pagi dan petang. Buat senaman angkat kaki, 10 minit sebelum tidur.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

error: Content is protected !!