Gigi Susu Anak Jarang, Adakah Sebab Kurang Kalsium? Ini Penjelasan Doktor Gigi

“Doktor, gigi susu anak saya jarang, umur baru 6 tahun, orang cakap kurang kalsium sebab tu jarang, nak kena pakai braces ke doktor?”

Adeh, budak kecik ada gigi susu yang jarang tu NORMAL, bukan disebabkan kurang kalsium dan tak payah susah-susah nak pakaikan braces, braces hanya untuk gigi kekal sahaja

Lagi pun gigi susu yang jarang sangat bagus, sebab ada ruang yang cukup untuk gigi kekal tumbuh dan gantikan gigi susu nanti. “Jangan risau, gigi susu yang jarang sangat bagus dan lebih mudah gigi kekal tumbuh di samping lebih SENANG berus gigi”

So, mak ayah jangan risau kalau gigi susu anak-anak jarang. Yang perlu dirisaukan, kalau gigi susu anak berlapi-lapis dan rapat pada umur 6 tahun ke atas

Yela, kalau susunan gigi susu pun dah berlapis, bayangkan bila gigi kekal dah tumbuh nanti, saiz gigi kekal besar, pastu tak ada space untuk gigi kekal nak menyelit walaupun gigi susu dah cabut

Possible ke gigi kekal berlapis juga?

Sangat possible gigi kekal anak-anak berlapis dan memang sangat possible kalau mak ayah pun ada set gigi yang berlapis Dr Izaza nak ingatkan je, mulalah menabung untuk gigi anak-anak dari sekarang. Bukan je tabung untuk belaja, tabung untuk gigi pun dah kena ada, lagi-lagi yang ada potensi untuk pakai #bracespremium

Sumber: Dr Izaza Mohd Zan
#tentanggigi
#doktorgigisihat

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

1 + 5 =