Tips

Lelaki Ini Kongsi Format Surat Rayuan Haji. Tular Sehingga Dikongsi Lebih 12K

Menunaikan haji adalah impian setiap orang muslim. Lebih manis jika dapat mengejarkan ibadah haji bersama insan tersayang. Perkongsian seorang lelaki, Hafizul Hakim, mengenai permohonan surat rayuan untuk mengejarkan haji bersama isteri telah berjaya. Beliau telah memaparkan surat contoh permohonan untuk dijadikan panduan kepada yang memerlukan.

Nampak sikap ikhlas diri dalam dirinya berkongsi ilmu. Ikuti perkongsiannya yang telah menjadi tular sehingga mencecah share 12K ketika artikel ini ditulis.

CONTOH SURAT RAYUAN PERGI HAJI

1. Atas permintaan ramai, saya share surat rayuan haji yang telah saya hantar kepada Tabung Haji pada 29 Januari 2019 sebagai mahram isteri. Alhamdulillah, saya telah dapat surat tawaran haji pada Jumaat lepas 22 March 2019. Mudahan asbab perkongsian ini memudahkan urusan kami pergi haji bulan Julai nanti insha Allah.

2. Untuk posting ini saya sertakan dua contoh iaitu:

  • Surat Rayuan suami sebagai mahram (isteri telah dapat tawaran).
  • Surat Rayuan suami isteri belum dapat surat tawaran. Anak-anak juga boleh menaip ikut format ini untuk ibu bapa mereka.

3. Surat saya simple je. Semoga menjadi panduan buat kawan-kawan semua ya. Perkara paling penting perlu disediakan semasa menaip surat:

  • Nombor Daftar Haji.- Ada ditulis pada surat daftar haji. Kalau tak ingat, anda boleh hubungi Tabung Haji +603-62071919 atau emailkan ke [th-info@lth.gov.my]┬áBeritahu nak nombor daftar haji.
  • Kalau belum daftar haji, sila daftar dulu sama ada di Tabung Haji atau melalui perkongsian saya lepas. Baca sini
  • Link Tabung Haji: https://www.tabunghaji.gov.my/ms/haji/maklumat-am/pendaftaran-haji-off
  • Yang ada KWSP attach sekali salinan penyata terkini akaun. Mengapa info ini diperlukan? Klik Sini

4. Kemudian surat ini dihantar secara fizikal ke pejabat Tabung Haji terdekat dan hantar salinan pdf ke alamat email Tabung Haji di atas. Baik, boleh lihat contoh surat saya dan mula menaip sekarang.

5. Surat ini cuma asbab selebihnya kita berdoa bersungguh-sungguh. Tiap malam kita doa solat tahajud dan buat solat hajat setiap malam minta Allah SWT pilih kita.

Saya doakan kawan-kawan semua dijemput dengan mudah dan mulia oleh Allah swt untuk menunaikan haji dengan segera dan sihat ya! Aamin.

#Nota: Untuk rayuan haji tahun 2019 telah tutup. Format ini untuk permohonan korang pada tahun 2020, tarikh tutup 1 Rejab tahun depan.

Sumber: FB Hafizul Hakim

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

7 + 3 =

error: Content is protected !!