Engineer Semua Tak Pandai Pun, Technician Juga Setelkan. Lelaki Ini Kongsi Tanggapan Negatif Dalam Kerja

Sudah adat resam dunia, apa sekali kerja yang kita lakukan pasti ada cabarannya yang tersendiri. Jika orang kata lepasan universiti tak berdepan cabaran sangat itu mungkin tanggapan yang salah.

Malah semakin tinggi kelulusan seseorang itu maka semakin tinggilah expectation orang lain terhadap mereka sama ada dari majikan, rakan sekerja, ahli keluarga dan juga masayarakat itu sendiri.

Antara kerjaya yang sering dikaitkan dengan pelbagai cabaran ialah jurutera. Selain cabaran untuk menyelesaikan apa jua masalah dan tugasan mereka juga terpaksa berdepan dengan tanggapan masyarakat dan juga orang-orang dalam industri itu sendiri.

Seorang jurutera bernama Fauzan Nordin telah melakukan perkongsian yang cukup menarik perhatian kami di MASKULIN. Menerusi perkongsian itu dia berkongsi tentang cabaran dan persepsi negatif yang diterimanya semasa bertugas sebagai jurutera.

Ikuti perkongsian beliau di bawah;

Saya Fauzan, Jurutera dalam bidang Minyak & Gas. Yes, I am an engineer. Alhamdulillah saya bersyukur saya seorang Engineer.

Pagi ini saya bertolak ke offshore selama 2 minggu. Saya bertanggungjawab untuk memastikan kualiti minyak & gas yang dikeluarkan pada tahap terbaik dan optimum sebelum dijual.

PERSEPSI NEGATIF

Sepanjang kerjaya, saya dibesarkan dengan beberapa momokan dan persepsi2 negatif sebagai engineer. Antaranya:

– “aii.. takkan lah engineer pun taktau.. depa tak ajar ka kat U dulu?”
– “engineer ni semua tak pandai pun, technician jugak yang setelkan”
– “engineer ni takleh diajar, kalau dah pandai nanti jadi berlagak, jadi sombong”
– “you engineer, you la ajar saya bagitau saya” (ujar seorang berpengalaman kerja 10 tahun kepada fresh grad)

Perkara-perkara negatif ini menjadikan saya MALU dan TAKUT untuk mengaku diri saya seorang engineer. Saya rasakan jadi engineer adalah pekerjaan yang BURUK.

HIDUP PENUH DENGAN PILIHAN

Kini saya faham, hakikatnya semua tu tak penting. Hidup penuh dengan pilihan. Saya boleh pilih untuk jadi engineer buruk, eksen dan berlagak. Atau. Saya boleh pilih untuk jadi engineer yang baik dan bermanfaat pada orang lain. Saya tak perlu akur dan terikut-ikut dengan persepsi negatif persekitaran saya. Campak jauh-jauh dan buktikan boleh jadi engineer yang baik.

MESEJ

Mesej yang saya nak sampaikan ialah:

  • Usah malu dan takut dengan pekerjaan kita (selagi ianya halal). Be proud of what you do. Love what you do!
  • Bersyukur dengan pekerjaan kita. Kita bangun bukak mata dah boleh pergi kerja. Ada orang bangun masih perlu cari kerja.
  • Kita berhak buat PILIHAN. Tiada pekerjaan yang buruk. Campak persepsi negatif jauh-jauh. Kita boleh jadi orang yang buruk. Kita boleh jadi orang baik.
  • Belajar dan terus belajar. Jom tingkatkan diri dan jadi orang baik-baik.

Siapa kawan-kawan FB saya ada masalah persekitaran camni?

Like jika setuju. Share jika bermanfaat.

https://www.facebook.com/fauzan.nordin/posts/10207518372335161

Semoga perkongsian dari Fauzan ini boleh memberikan kita manfaat sebaiknya. Sama-sama berusaha agar kehidupan kita lebih sejahtera bersama-sama!

Author: admin

Leave a Reply