Panduan Kesihatan

Dr Ni Senaraikan Sayur Antik4nser. Ketahui Juga Cara Terbaik Cuci & Memasaknya, Elak Racun!

Bila menyentuh bab makan makanan sihat, secara tidak langsung akan terlintas difikiran tentang pelbagai pilihan menu sayur-sayuran yang mengandungi banyak khasiatnya. Bertepatan juga budaya makan sayur di dalam keluarga kita hari ini seakan begitu sinonim hingga seakan tidak lengkap rasanya hidangan jika tidak disajikan menu berasaskan sayur-sayuran ini.

Pun begitu, tahukah anda dalam banyak-banyak jenis sayuran yang kita ambil setiap hari ada beberapa jenis sayur-sayuran bertindak sebagai antik4nser. Nak tahu apakah jenis sayuran itu, jom semak perkongsian daripada Yatie Eimra ini yang dipetik daripada perkongsian Dr Suri Roowi.

“Sebenarnya semalam dok google & carik info tentang sayur-sayuran, kebetulan terjumpa lak video dr. Suri Roowi ni.. Saya baru tau tentang video ni walaupun dah lebih setahun. Ekeke.. Tapi share jugak sebab banyak sangat info berguna (untuk rujukan sendiri di masa depan). Kot-kotlah la ada gak yang ketinggalan macam saya ni.. Ni antara isi-isi penting yang saya salin dan susun agar lebih teratur senang senang paham. Ada juga beberapa maklumat yang saya tambah () dari beberapa rujukan sebagai info tambahan.
Semoga bermanfaat”-Yatie Eimra

Sayur Antik4nser
Dr Suri Roowi, Pakar Antioksidan MARDI
Ikimfm, slot Rahsia Alam (19/04/17)

MAKAN SAYUR ELAK KANSER!Kredit: Dr Suri Roowi

Posted by Apa Cerita BossKu? on Ahad, 16 September 2018

Sayuran Antik4nser

4 kategori sayuran yang mampu mencegah dan menghalang sel k4nser. Mempunyai aktiviti antik4nser yang paling KUAT

  • Brussel sprouts
  • Kobis (hijau, ungu, kerinting)
  • Bawang
  • Bayam

Berkeupayaan TINGGI dalam menghalang sel k4nser

  • Asparagus
  • Brokoli
  • Kobis bunga

Berkeupayaan SEDERHANA dalam menghalang sel k4nser

  • Saderi
  • Terung

Berkeupayaan RENDAH dalam menghalang sel k4nser

  • Timun
  • Carrot
  • Kentang
  • Tomato

Mengurangkan D4rah Tinggi

Bawang Putih
Amalkan makan 1 ulas bawang putih setiap hari selama 3 bulan

 bawang putih juga boleh mencairkan darah. Kurangkan pengambilan bawang putih sekiranya mempunyai masalah d4rah cair.

  • Saderi
  • Brocolli
  • Minyak zaitun
  • Barley grass-Serbuk dari anak pokok barli. Tinggi potassium, kalsium 50x lebih tinggi dari beras (11x lebih tinggi dari susu)

Mengurangkan Diabetes

  • Pokok geti/pokok turi-Daun dan bunganya bertindak sebagai antidiabetes. Daun & bunganya boleh dimasak tumis
  • Bunga telang (antara yang terbaik)
  • Peria katak-Sangat tinggi kandungan fiber yang larut air. Fiber larut air ini mengurangkan penyerapan gula & kolesterol dalam d4rah.
  • Kacang bendi-Lendiran dari kacang bendi juga tinggi fiber larut air. Sangat bagus untuk pesakit di4betes juga untuk turunkan kolesterol. Sebaik²nya dicelur untuk memelihara khasiatnya.

Mengurangkan Kolesterol

  • Minyak Zaitun
  • Barli

H3p4titis B

  • Pokok dukung anak. Dos jangan terlalu banyak, pengambilan haruslah sedikit demi sedikit.
  • Brokoli

Sayuran Kampung Yang Berkhasiat

  • Daun keledek (khasiatnya sangat tinggi)
  • Kangkung (antara yang terbaik)
  • Pastikan bebas dari parasit (cacing) dalam batang dengan rendam garam atau dicelur.

  • Bayam (khasiat bayam merah lebih tinggi)
  • Kobis
  • Daun ketumbar
  • Kacang bendi
  • Melinjau
    Menurunkan 4sid urik, daunnya ditumis atau masak air. Bagi pesakit gout sangat disarankan makan daun atau buah melinjau. Boleh juga makan empingnya (buah melinjau yang telah dikeringkan) yang direbus (goreng boleh mengurangkan khasiatnya)

Sayuran Yang Perlu Dikurangkan Jika Mengalami Masalah Kesihatan

Bayam

  • Orang yang mengalami masalah d4rah cepat beku, perlu elakkan makan bayam kerana bayam tinggi vitamin K (bertindak membekukan d4rah)
  • Pesakit atau orang yang pernah mengalami batu karang, kurangkan pengambilan bayam kerana ia tinggi oksalat (oxalate) – penyebab batu karang.
  • Sebagai alternatif, boleh bekukan daun bayam sebelum dimasak supaya kandungan oksalatnya berkurangan.
  • Pesakit batu karang perlu mengawal pengambilan oksalat kurang 50g sehari

Pucuk manis

  • Bagus untuk kesihatan jantung (tinggi potassium) dan dapat menambah susu ibu sehingga 50%.
  • Namun pengambilan berlebihan boleh merosakkan paru-paru & menyebabkan kematian

Pucuk Ubi

  • Mengandungi sianida (cyanide) iaitu sejenis racun yang bahaya.
  • Mesti direbus & tidak boleh makan sebagai ulam.

Jika termakan dalam dos yang sikit, sianida di dalam badan akan ditukarkan kepada tiosianat (thiocyanate) yang kurang berbahaya & akan dikeluarkan bersama air kencing. Namun sianida dalam dos yang tinggi boleh menyebabkan keracunan sianida & juga kematian.

Orang yang mempunyai masalah thyroid, pastikan makan pucuk ubi/ubi kayu yang telah diproses dengan baik. Tiosianat boleh mengganggu fungsi kelenjar thyroid.

Pucuk ubi yang baru dipetik, sebaik²nya dibiarkan beberapa jam sebelum dimasak.Cara proses pucuk ubi yang disarankan -Pucuk ubi direbus sehingga lembut dalam air panas bersama sedikit garam dan cuka untuk mengurangkan kandungan sianida di dalamnya. Perah, tos air dan basuh pucuk ubi di bawah air mengalir sebelum masak.

Cara Membersihkan Sayur-sayuran dari Racun

Dr. Suri Roowi kata, basuh sayur dengan sesudu cuka yang dicampurkan ke dalam 1 liter air dapat menghasikan kandungan racun serangga yang masih melekat pada sayuran yang digunakan. . JOM BUAT

Dr. Suri Roowi kata, basuh sayur dengan sesudu cuka yang dicampurkan ke dalam 1 liter air dapat menghasikan kandungan racun serangga yang masih melekat pada sayuran yang digunakan. .JOM BUAT

Posted by MyKebun.Com on Isnin, 3 September 2018

  • Sebaik-baiknya cari sayur yang ada kesan berlubang di makan ulat
  • Sayur-sayuran yang langsung tak dimakan ulat tanda racun lebih tinggi

Cuka

  • Rendam dalam air campuran cuka (0.1%)
  • 1 liter air = 10ml cuka/1 sudu makan

Ozon
Menggunakan ozon melalui mesin khas. Dapat mengurangkan kurangkan racun 40-75%

Ultrasonik
Mengurangkan kadar racun serangga sehingga 90%

Garam

Cara terbaik yang mudah dan murah ialah merendam sayuran dengan air larutan garam (0.2%)
1 liter air = 20 gram (2 sudu makan)
Rendam 5 minit & alirkan bawah air paip
95% racun dapat dikeluarkan

Kaedah Memasak Sayuran

  • Merebus-Kandungan antioksidan hanya tinggal 20%
  • Microwave-Kandungan antioksidan hanya tinggal 3%
  • Periuk tekanan tinggi (Pressure Cooker)-Mengurangkan kandungan antioksidan sehingga 50%
  • Menumis-Kandungan antioksidan hanya tinggal 16%
  • Kukus-Kaedah yang terbaik untuk dapatkan khasiat sayuran. Kandungan antioksidan dapat dikekalkan sehingga 90%
  • Celur-Celur sayuran selama 3-5 minit apabila air mendidih supaya khasiatnya masih tinggi

Sayuran Karotenoid seperti tomato, labu, lobak merah, bayam merah & keledek lebih baik jika dimasak kerana kandungan antioksidannya akan meningkat.

Membekukan Sayuran

Apabila sayur dibekukan, khasiatnya akan berkurangan terutamanya kandungan vitamin C.Namun BAWANG sangat bagus dibekukan dan khasiatnya akan meningkat 200% apabila dibekukan sebelum dimasak. Kobis (dan sayuran jenis cruciferous seperti brokoli, cauliflower) mengandungi raffinose yang boleh menyebabkan sesetengah orang mengalami kembung perut, ketidakhadaman, sakit urat, dan lain-lain. Pastikan semua sayuran dibersihkan dengan teknik yang betul untuk mengelakkan parasit dan mengurangkan pestisid

sumber :Yatie Eimra

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

26 + = 33

error: Content is protected !!