Umum

DIY Bakul Beroda Tak Perlu Angkat, Tarik Je. Modal Buatnya Pun Murah

Umumnya sebakul pakaian yang telah dicuci jika ingin dijemur ke luar rumah, tentunya berat untuk diangkat, bukan? Namun dengan idea menghasilkan bakul beroda, semua masalah ini dapat diatasi dengan mudah.

Ayuh kita semak cara untuk menghasilkannya dengan bajet yang paling Murah. Assalamualaikum semua. First time nak post hasil kerja tangan sendiri. Tak payah nak tunggu husband buatkan.

Kalau beli kat luar mau berpuluh-puluh jugak harganya ni….buat sendiri puas hati nak macam mana pon….nak tinggi ke…rendah ke….ikut bajet sendiri..saya buat ni modal tak sampai RM15 pon…

DIY BAKUL KAIN BERODA

Bahan dan modal yang saya guna:

  • Bakul kain-FREE (yang ade kat rumah je)
  • Roda 2 paket yang boleh pusing 360°-RM4.24 (Kedai eco)
  • Cable tie 1 paket – RM2.12 (Kedai eco)
  • Batang paip 3 – RM1.60 x 3 (Kedai DIY)
  • Elbow pipe – RM0.50×2 (Kedai DIY)
  • Last sekali tangan dan tenaga untuk ikat cable tie.

Tak payah susah-susah dah nak angkat bakul tu berat-berat..Tambah-tambah kalau dah letak kain penuh bakul…kain baru basuh masih lembab-lembab lagilah berat…

Sekarang  tak risau dan tak susah…tarik je ke mane suka.. SELAMAT MENCUBA

Sumber : Asma Asnidayu via kelab kaki deko barang eco /mr.diy

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

36 − 34 =