Soal jawab

Diganggu Anak Ketika Solat Jangan Marah Atau Ditegur Ternyata Ada Hikmah yang Menakjubkan di Sebaliknya

Anda juga pernah melakukan ini bukan? Ketika ayah atau ibu anda sedang solat, anda kerap mengganggu kekhusyukkan solat dengan berdiri di hadapan, menaiki punggung saat sujud, merengek minta didukung, dan aksi nakal lainnya.

Mungkin anak anda juga kini melakukan hal yang sama saat anda sedang menunaikan solat. Anak-anak memang belum mengerti apa yang sedang dilakukan oleh orang tuanya. Mereka yang belum memahami indah solat menganggap yang dilakukan orang tuanya adalah sedang bermain bersamanya sehingga mereka berusaha menggoda.

Tentu ada rasa kesal dan terganggu pada saat itu, tetapi sungguh itu menjadi suatu hal yang sangat indah. Kejadian ini juga pernah dialami oleh Rasulullah Muhammad SAW.

Disampaikan oleh Syaddad bin Hadi, saat itu Rasulullah tengah menjadi imam solat Dzuhur. Saat itu, ia membawa salah satu cucunya Hasan. Syaddad kala itu turut menjadi makmum dalam shalat tersebut.

Nabi Saw meletakkan cucunya (di samping beliau), lalu beliau bertakbir.

”Solat pun didirikan. Kemudian, beliau melamakan salah satu sujud dalam rakaat tersebut. Beliau melamakan salah satu sujudnya, sehingga aku mengangkat kepalaku.”

Syaddad mengangkat kepala dimaksudkan mengira bahwa Rasulullah sudah bangkit dari sujud dengan suara yang lirih sehingga Syaddad tidak mendengar suara Rasul. Ternyata, Rasulullah Saw masih dalam keadaan sujud.

“Aku melihat anak itu (cucu Nabi) tengah berada di atas punggung Rasulullah Saw.”

Kerana Rasulullah masih dalam keadaan sujud, Syaddad pun kembali ke posisi sujud seperti sedia kala. Seusai solat, para sahabat bertanya kepada Rasulullah Saw sebagaimana disebutkan dalam hadis yang dikeluarkan pula oleh Imam an-Nasa’i.

“Wahai Rasulullah, dalam salah satu sujudmu tadi, engkau sujud dengan lama. Sehingga kami mengira ada sesuatu yang terjadi. Apakah ada wahyu yang sedang diturunkan kepadamu?”

“Semua itu tidak terjadi,” akan tetapi anakku (cucuku) ini telah menaiki punggungku,” jawab Rasulullah.

Jadi, itulah alasan mengapa baginda Rasulullah Saw melamakan salah satu sujudnya. Malah beliau mempersilakan cucu menaiki punggungnya sampai puas.

Begitulah ungkapan rasa sayang Rasulullah SAW yang begitu besar. Beliau sangat memerhatikan keadaan dan perasaan anak-anak, sampai dalam solatnya. Beliau begitu ahli membuat perasaan anak-anak selesa dengan perlakuan yang amat lembut saat bersamanya.

Namun, dalam setiap perbuatan atau tindakan pasti ada hikmahnya, jika anak mengganggu orang tuanya solat, boleh jadi suatu hari dia akan faham dan mengerti apa yang dilakukan orang tuanya. Dan mereka juga akan menirukan dan mengikuti apa yang dilakukan orang tuanya termasuk menjalankan ibadah lima waktu ini.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

83 − = 76

error: Content is protected !!