Kisah Rumahtangga

Dah Macam Pengemis Bila Isteri Kena Minta Duit Kat Laki Sendiri

Nak minta duit pun serba salah, tetapi kalau diam si dia buat tak tahu. Itu belum lagi nak guna duit untuk keperluan sendiri, cuma duit nak beli keperluan dapur. Nak kenyangkan perut keluarga juga. Memang payah!

Ada segelintirnya Dah macam pengemis pula bila mintak duit kat suami sendiri. Lebih sedih kalau isteri itu ada dalam situasi cerita saudara Firdaus Shakirin ini.

Bila meletakkan dia di rumah, itu tandanya kita mampu. Mampu untuk menanggung isteri yang tiada punca pendapatan. Mampu untuk memberi isteri apa yang dimintanya, mampu untuk memenuhi apa yang dihajati oleh seorang isteri.

Tuntutan Isteri Itu Sederhana

Dia tak pernah mintak sesuatu yang melebihi kemampuan suaminya. Dia juga sama seperti isteri-isteri yang lain di luar sana, yang teringin nak beli sesuatu untuk dirinya sendiri. Alat mekap, pakaian, perhiasan, makanan or kelengkapan-kelengkapan lain yang dia nak guna ataupun nak makan.

Kalau Suami Tak Hulur, Mana Dapat Penuhkan Keinginan

Bukan membazir, bukan mengada-ngada. Tapi dia tiada pendapatan, tiada duit, tiada apa-apa dalam handbag melainkan jika suami hulur or bagi duit kepadanya dan bila suami bagi, dia akan mengutamakan keperluan keluarganya dahulu tapi itu tidak bermakna dia melupakan apa keinginannya.

Dia tetap nak, cuma dia tak ingin bersuara takut-takut suami kata tak bersyukur dengan pemberian suami. Kalau kerja pun kita tak bagi, nak berniaga pun tiada modal, jadi ejen atau dropship pun kita larang, maka bila la agak-agaknya dia dapat beli apa yang dia nak, apa yang dia hajati, apa yang dia teringin.

Hulur lebih atau tanya isteri apa yang diingininya. Jika ianya terlalu sukar untuk dipenuhi, maka terangkan pada dia, fahamkan dia. Jika ianya mudah untuk dipenuhi, maka tunaikan keinginan si isteri sekadar kemampuan yang ada.

InsyaAllah, tak akan miskin suami yang tak berkira dengan si isteri.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

75 − 70 =

error: Content is protected !!