Petua, Tips

Cara Untuk Menghilangkan Kesan Kuning Kunyit Serta Bau Bawang & Cili Pada Blender

Bila kita gunakan blender untuk mengisar bawang dan cili, baunya pasti akan ‘melekat’ bukan? Malah kalau kisar kunyit hidup untuk buat masak lemak cili api, kesan kuning pasti ada.

Andai kata tiba-tiba nak masak masakan lain, tapi bekas blender berbau tidak enak, pastinya sukar. Bimbang juga kalau terus guna, nanti bau bawang dan cili memberi kesan kepada masakan rasa masakan anda nanti.

Sebenarnya ada cara yang boleh dicuba untuk menghilangkan bau dan kesan yang kurang menyenangkan ini iaitu dengan menggunakan limau nipi dan beras. Apa yang perlu anda lakukan ialah:

BAHAN-BAHAN:

  • 1 biji limau nipis
  • 3 sudu makan beras
  • Air secukupnya

CARA-CARA:

1. Ambil limau nipis. Potong kecil.

2. Isi air dalam blender dan letakkan sedikit beras di dalamnya.

3. Masukkan limau nipis tadi dan kisarkan bersama beras.

4. Kisar selama 15-20 saat, tuang bahan kisaran ke dalam bekas lain dan cuci bersih blender anda.

5. Gunakan hampas limau tadi untuk membersihkan bahagian dalam dan luar  blender. Ia mampu menghilangkan kesan degil dan bau yang ‘kurang enak’ itu. Selamat mencuba!

Sumber: Petua Ibu

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

27 − 17 =

error: Content is protected !!