Umum

Inilah 6 Cara Teguran Yang Tak Mengguris Hati Orang, Jangan Ikut Sedap Mulut Je

Dalam dunia sosial media sekarang semakin ramai golongan netizen lantang menyerang peribadi orang lain meskipun tidak kenal pemilik profile yang sebenar. Tidak kurang juga yang suka menjadi pembuli siber dengan memberi komen yang sangat lantang dan mengguris perasaan orang lain. Mudah sungguh kita menyakiti meskipun sebenarnya niat hanya ingin menasihati.

Itu dalam alam maya, bagaimana pula dengan dunia sebenar. Mesti di kalangan rakan-rakan kita ada jenis mulut takde insuran suka hati mulut je nak tegur orang lain. Disini akan terjadi perasaan saling membenci apabila cara teguran tu tak betul paling teruk boleh menukarkan situasi yang dulu tenang jadi ruang untuk bergaduh sesama sendiri.

Kita kalau nak menegur orang yang buat silap mesti ada cara yang betul. Cara mesti berhemah barulah orang tu boleh menerima apa yang kita cuba sampaikan. Menurut Dato’ Dr Haji Mohd Fadzilah Kamsah, ini adalah cara yang paling mudah untuk memberi teguran tanpa menyakiti orang tu. 

1. Niat

Apa yang penting niat. Sebelum menegur betulkan semula niat dan fikir balik apa tujuan kita untuk menegur. Kalau sekadar tegur untuk menyakiti bukan setakat tak boleh betulkan keadaan malah memburukkan lagi.

2. Lafaz Doa Sebelum Menegur

Ini adalah doa yang dibaca oleh Nabi Musa untuk melembutkan Firaun.

“Ya Tuhanku, lapangkanlah dadaku, dan mudahkanlah untukku urusanku, dan lepaskanlah kekakuan dari lidahku, agar mereka mengerti perkataanku”. (surah Taha:25-28)

3. Selitkan puji-pujian

Walau berhemah macam mana pun cara kita menegur, pasti sedikit sebanyak akan buat orang tu berkecil hati. Jadi selitkan lah sedikit dengan pujian supaya sejuk semula hati orang tu.

4. Straight to the point 

Kalau nak tegur straight to the point je. Tak perlu nak kaitkan dengan hal lain atau berdolak dalik. Dan elakkan mengungkit hal yang tak sepatutnya.

5. Kawal emosi dan tone suara

Tak ada siapa yang suka ditegur dengan nada yang tinggi terutama sekali perempuan. Mereka lebih beremosi dan peluang untuk mereka terima apa yang ditegur rendah. Dan tak semua orang ada kesabaran yang tinggi.

Jadi, sebelum menegur fikir semula dan gunakan cara yang betul dan berhemah seperti yang Rasulullah lakukan okay ?

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

71 − = 70

error: Content is protected !!