Tips Kesihatan

Doktor Ini Terangkan Cara Pengambilan Minyak Zaitun Agar Tidak Timbul Kekeliruan

Pemakanan sihat memainkan peranan penting dalam mengekalkan kesihatan dan kesedaran ini telah diketahui umum. Jadi tidak hairanlah, ibu-ibu hari ini bijak membuat pilihan dalam menentukan makanan terbaik untuk ahli keluarganya.

Contohnya dalam menjadikan rutin dalam keluarga untuk mengamalkan minyak zaitun yang dikatakan punya khasiat dan manfaat yang tersendiri. Namun timbul juga beberapa kekeliruan tentang pengambilan minyak zaitun ini dan ianya telah diperjelaskan oleh Dr. Zubaidi di akaun fbnya bertarikh 8 Nov lalu. Jom fahami apa katanya.

KEKELIRUAN TERHADAP MINYAK ZAITUN

Baru-baru ini berdesup pertanyaan mengenai perkongsian seorang ustaz, katanya minyak zaitun tidak boleh diambil terus ke dalam mulut menggunakan sudu. Info itu pula bukan info yang didapati secara sahih, tetapi didengar dari seorang doktor.

Kononnya bahaya ambil minyak zaitun terus masuk ke dalam mulut, kerana boleh menyebabkan penyakit kegagalan ginjal.

Persoalannya…

Saya cuma nak tanya, berapa org pesakit ginjal yg dikenalpasti akibat ambil minyak zaitun ke dalam mulut? Atau setakat tahap testimoni. Pengakuan seorang mengalami penyakit ginjal selepas ambil minyak zaitun masuk ke dalam mulut. Kenapa yg lain ambil minyak zaitun tak ada pun sakit ginjal?

Faktanya…

Yg satu tahu punca utama sakit ginjal ini akibat penyakit kronik spt diabetes dan tekanan darah tinggi. Sebab lain adalah ambil ubat tahan sakit terlalu lama. Ini semua tertulis dalam buku teks dan dibincangkan dalam banyak journal.

Kalau ambil minyak zaitun terus ke dalam mulut ini menjadi punca kegagalan ginjal, sudah tentu hospital di Sepanyol, Itali, Turkey, Tunisia hingga ke Maghribi penuh dengan pesakit ginjal sbb mereka ambil minyak zaitun dari waktu kecil lagi , sama ada dicampur dgn makanan atau dimakan begitu saja.

ika benar, sudah tentu punca kegagalan ginjal akibat ambil minyak zaitun terus ke dalam mulut telah dimasukkan ke dalam buku teks, atau dibincangkan dalam journal. Minyak zaitun adalah sebahagian makanan dalam Diet Mediterranean. Sudah diamalkan sejak dulu. Disebut dalam al quran dan hadis, kelebihan mengamalkannya.

Tak kiralah, mahu ambil dgn cara campur dalam makanan, ambil terus ke dalam mulut atau campur dalam minuman. Semoga pencerahan ini membetulkan kekeliruan. Alhamdulillah, saya amal minyak zaitun OLIVIE setiap pagi. Saya bertambah sihat, bertenaga dan bersemangat.

Sumber : FB Dr Zubaidi Hj Ahmad

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

8 + 2 =

error: Content is protected !!