Petua, Tips

Cara Masak Cepat & Mudah Setiap Hari Buat Mak-Mak Yang Superbusy, 5 Minit Siap!

Sebenarnya kalau bab cara masak cepat dan mudah, semua mak-mak nak tahu sebab menjadi impian bagi setiap isteri dan ibu untuk menyediakan hidangan daripada air tangan sendiri yang sihat, bersih lagi berkhasiat buat keluarga tersayang setiap hari. Lagipun air tangan isteri mampu menambat hati suami dan buatkan suami teringat-ingat, ketika jauh di mata.

Namun adakalanya, keterbatasan masa sering menjadi alasan impian ini tidak dapat dilaksanakan lebih-lebih lagi bagi ibu bekerja.Proses penyediaan memasak yang agak remeh dan leceh, membuatkan makan di luar atau beli makanan ‘tapau’ sering menjadi pilihan. Walhal, tahap kebersihan dan cara penyediaannya juga boleh diragui.

Tip dan trik mudah ini boleh membantu para isteri dan ibu yang rajin memasak untuk menyediakan hidangan buat anak-anak dan suami tersayang setiap hari.

1.Rancang menu untuk seminggu

Pada hujung minggu boleh merancang dengan lebih awal menu-menu yang akan disediakan pada minggu berikutnya. Sebagai contoh, Isnin-Ayam Masak Lemak Cilipadi, Selasa- Asam Pedas Ikan Kembung, Rabu-Sambal Udang dan sebagainya.

2.Beli barang basah mengikut keperluan menu yang dirancang

Ketika membeli barang basah dipasar, buat anggaran jumlah yang diperlukan untuk seminggu. Contohnya: Ayam satu kilo, Ikan kembung 1 kilo, Udang setengah kilo.

3.Bersihkan bahan basah ini dan asingkan jumlah yang diperlukan

Bersihkan ayam,udang, siang ikan, potong sayur,potong bawang, cili kering dan sebagainya mengikut keperluan untuk sekali masak pada hari tersebut. Contohnya,Asingkan 4 ekor ikan selar dalam plastik,kemudian potongkan lengkuas, bawang putih, merah, bendi, kunyit hidup dan letak dalam plastik container lain.

4.Labelkan menu ikut hari pada bekas yang ingin disimpan

Kemudian, bahan yang sudah siap dipotong/siang, simpan elok-elok dalam bekas dan LABEL mengikut hari dan menu.Contohnya labelkan “KHAMIS-IKAN SINGGANG”.

5.Mudahkan proses defrost sebelum pergi kerja

Simpan didalam peti sejuk biasa yang memiliki 2 bahagian, 1 untuk sejuk beku dan satu lagi untuk biasa.Sebelum pergi kerja pindahkan bekas barang basah dari bahagian sejuk beku ke bahagian biasa untuk memudahkan proses defrost nanti. Jadi bila hendak dimasak malam nanti,tidak memerlukan masa yang lama.

TIP EKSTRA:

1.Sediakan cili dan bawang kisar anggaran untuk seminggu, masukkan kedalam bekas-bekas kecil.Ia bagi memudahkan dan mempercepatkan lagi penyediaan memasak.

2.Namun, pastikan sudu benar-benar bersih dan tidak mencampurkan bahan-bahan lain ketika mencedok cili atau bawang. Ia bagi memastikan bahan kisar ini tahan lebih lama dan tidak mudah rosak.

3.Ikan atau ayam untuk digoreng boleh juga diperap awal, simpan dalam beg plastik atau bekas,masa hendak digoreng, defrost sekejap selepas keluarkan dari freezer, rasanya lebih sedap sebab meresap ke isi.

4.Guna atu beli bekas plastik yang boleh digunakan didalam ketuhar gelombang mikro.Ia juga mempercepatkan lagi kerja-kerja memasak ini.

5.Buat untuk setiap hari satu resepi, selama 1 minggu atau hari bekerja Selain dapat jimatkan masa, peti ais pun nampak kemas. Bila pulang dari bekerja , cuma sediakan bahan-bahan kering masukkan dalam periuk atau kuali. 5 minit sudah siap untuk dimakan panas2.

Selamat mencuba, semoga tip ini bermanfaat buat anda, mak-mak yang superbusy!

Sumber:infosihat2uu.com

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

+ 43 = 45

error: Content is protected !!